Keimanan, Kesabaran Benteng Harungi Cabaran

Seseorang insan bertaqwa perlu terima bahagian rezeki Allah dengan ikhlas

Selepas dua bulan kita kita meraikan Eidulfitri, hari kemenangan ke atas tuntutan nafsu, tidak lama lagi kita menyambut hari kegembiraan dan pengorbanan mengingati Allah iaitu Eiduladha. Pengajaran terpenting Eiduladha ialah memperingatkan diri kita mengenai pengorbanan, seorang ayah dan anaknya dalam melaksanakan perintah Allah

Peristiwa Nabi Ibrahim diuji dengan perintah supaya menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail, disebut dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109 “ Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama, dengannya, Nabi Ibrahim berkata : “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu: maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu : InsyaAllah ayah akan mendapati aku dari orang yang sabar”

Maka apabila keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya dia atas tompok tanah ( untuk disembelih ), ketika itu Kami ( Allah )menyerunya” Wahai Ibrahim, Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu” Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Pengertian ayat diatas menyingkap keimanan tinggi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam melaksanakan segala perintah Allah , walaupun ianya satu ujian. Pengorbanan dan kesabaran seperti ini yang sepatutnya diterapkan dalam jiwa kita supaya jiwa kita berjaya mengharungi segala ujian dan cabaran dalam kehidupan dunia ini, dalam kita melaksanakan segala perintah Allah.

Lihat sahaja bagaimana ibadat haji meminta kita menunjukkan kesungguhan, ketabahan, kesabaran dan pengorbanan yang tinggi. Sifat mulia seperti ini sewajarnya kita tunjukkan dalam semua jenis amal perbuatan kita. Ingatlah bahawa ganjaran yang sebenarnya bukan datang daripada makhluk dan manusia lain. Ganjaran sebenarnya adalah dari Allah semata-mata.

Apakah dia nilai pengorbanan?Apakah sifat murni yang dapat kita semai dalam melakukan pengorbanan?Untuk menjawab persoalan ini, marilah kita renungkan akan peristiwakorban Nabi Ibrahim serta puteranyaNabi Ismail yang diabadikan Allah di dalam surah As-Saffat: 102 – 109. Begitulah pengorbanan yag ditunjukkan Nabi Ibrahim dan juga puteranya Nabi Ismail. Di mana kedua-duanya membuat satu pengorbanan yang besar dalam kehidupan.

Jika kita lihat akan pengorbanan Nabi Ibrahim, beliau sanggup untuk mengorbankan anak kesayangannya kerana Allah. Begitu juga dengan puteranya Nabi Ismail, beliau pula sanggup mengorbankan nyawanya bagi mendapatkan keredhaan Allah.

Lihatlah nilai yang tersemai dalam jiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

· Pertama, kedua-duanya dengan keteguhan iman dan taqwa berkeyakinan penuh akan ketetapan Allah dan tidak berganjak sedikitpun dalam menjalankan perintahNya.

· Kedua, nilai kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail amat sabar dalam mengharungi cabaran dihadapi serta tabah dalam menunaikan tanggungjawab. Sanggup berkorban inilah nilai dikehendaki setiap Muslim dalam membangunkan diriuntuk menuju ke arah masyarakat cemerlang. Nilai ini amat penting dan perlu disemai dalam diri kita, keluarga serta masyarakat.

Marilah kita lihat akan kepentingan nilai pengorbanan ini supaya kita sama-sama menghayatinya dalam kehidupan seharian. Nilai iman dan keyakinan penuh akan ketetapan Allah bermaksud redha akan ketetapan dan taqdir Allah.

Kita sebagai seorang yang beriman perlu percaya akan semua ketetapan ditetapkan Allah. Seorang hamba mestilah sentiasa menerima akan bahagian rezeki yang Allah kurniakan. Inilah sebenarnya kekuatan yang ada pada seorang yang beriman di mana dengan kekuatan iman pada Allah dan prinsip yang teguh dalam dirinya, dia akan menjadi seorang yang mampu untuk berkorban atas dasar semata-mata mendapat keredhaan Allah.

Pengorbanan yang kita lakukan dalam kehidupan ini hendaklah kita tempuh segala cabarannya dengan kesabaran. Kita mengorbankan masa, tenaga, wang dan akal fikiran . Semua ini memerlukan kesabaran. Dengan pengorbanan inilah terhasil pelbagai kenikmatan dari Allah

Mohd Yusuf b. Mohamed Nasirudin
Pengurus Hal Ehwal Islam / Ketua Imam

0 comments:

Post a Comment