Ramadan 2009

Pada bulan Ramadan 1430 ini pihak masjid telah sediakan berbagai-bagai jenis aktiviti:

Berbuka Puasa Iftar dan Moreh
Pihak masjid akan menyediakan makanan ringan seperti buah korma dan air untuk berbuka puasa setiap malam Ramadan. Ini diikuti oleh Iftar seperti nasi berlauk selepas solat fardhu Maghrib. Dan selepas solat tarawih dan witir akan diadakan Moreh dari berbagai jenis kuih-muih.

Solat Sunat Tarawih
Solat sunat tarawih akan diadakan setiap malam Ramadan selepas solat fardhu Isyak. Pihak masjid menganjurkan solat tarawih dengan 20 rakaat melainkan pada malam-malam tazkirah. Pada malam-malam tazkirah itu solat tarawih hanya dilaksanakan sebanyak 8 rakaat. Solat tarawih akan diikuti dengan solat witir 3 rakaat dengan 2 salam.

Kutipan Zakat Fitrah
Kutipan zakat fitrah bagi pihak Lembaga Zakat Selangor akan diadakan di tingkat atas dan tingkat bawah masjid. Amir-amir telah dilantik untuk mengendalikan kaunter-kaunter tersebut.

Majlis Tadarus
Majlis Tadarus akan diadakan di masjid bagi pihak lelaki dan juga bagi pihak wanita. Ia bermula selepas solat fardhu Subuh. Semua orang dipersilakan masuk memakmurkan majlis ini.

Qiamullail Ramadan
Masjid akan bukakan pada seluruh malam mulai 23 Ramadan. Program-program qiamullail juga telah disediakan untuk malam-malam akhir Ramadan.

Tazkirah Ramadan
Tazkirah mengenai Ramadan akan diakan pada Ramadan 1, 11, dan 21. Ini untuk mengingatkan kami semua pada peringkat-peringkat istimewa bulan Ramadan ini.

Program Remaja D'Ramadan
Khas untuk kaum belia remaja akan diadakan program khusus pada 20 Ramadan. Program ini bermula dari berbuka puasa, solat fardhu Maghrib, iftar, solat fardhu Isyak, tarawih, witir, tazkirah, qiamullail, makan sahur, solat fardhu subuh, dan juga kuliah subuh.

Majlis Khatam Al-Qur'an
Majlis Khatam Al-Qur'an ini di jadualkan pada malam 27 Ramadan. Semua ahli kariah dijemput hadzir.

Penyampaian Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim, Ibu-ibu Tunggal, Dan Orang Kurang Upaya
Program ini dijadualkan untuk pertengahan bulan Ramadan.

Penyampaian Saguhati Kepada Petugas Ramadan
Program ini dijadualkan untuk penghujung bulan Ramadan.

0 comments:

Post a Comment