Sekolah KAFA Integrasi Al-Aziziah

Sekolah KAFA Integrasi Al-Aziziah merupakan Sekolah Agama Rakyat yang diusahakan oleh Masjid Tun Abdul Aziz bagi mewujudkan pendidikan agama yang menitikberatkan asas-asas fardhu ain khususnya kepada murid-murid sekolah rendah disamping pendidikan akademik harian yang diterima di sekolah-sekolah kebangsaan. Selain menerapkan nilai ilmu agama, penubuhan KAFA juga adalah untuk membantu pendidikan anak-anak fakir miskin supaya terpelihara tentang soal pendidikan.

Sekolah KAFA Integrasi Al-Aziziah didaftarkan di bawah Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menggunakan silibus JAIS serta mendapat pantauan sepenuhnya daripada JAIS.

Seperti sekolah-sekolah KAFA yang lain, KAFA Integrasi Al-Aziziah juga mampu memberi persaingan hebat dan mencapai kecemerlangan tersendiri. Ia menjadi contoh kepada sekolah KAFA lain dengan melahirkan pelajar-pelajar yang tamat darjah enam diwajibkan khatam 30 juzuk Al-Quran.

Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut pencapaian dari darjah satu hingga darjah enam. Ibu bapa atau penjaga bolehlah membuat pilihan sama ada menghantar anak-anak mereka ke sesi pagi atau sesi petang.

Hari Persekolahan
i. Isnin hingga Jumaat
ii. Penggal sekolah akan bermula mengikut kaedah sekolah kebangsaan
iii. Sekolah cuti pada hari-hari cuti am dan pada musim cuti sebagaimana sekolah kebangsaan melainkan pada hari-hari majlis agama yang diadakan oleh pihak sekolah (akan dimaklumkan awal).

Sesi Persekolahan
i. Sesi pagi : 7.30 – 10.30
ii. Sesi petang : 2.30 – 5.00
          (Jumaat) 2.30 – 5.15

Pengajian
i. Kurikulum : Tauhid, Feqah, Tajwid, B. Arab, Akhlak, Sirah, Imlak Al-Quran, Seni Khat dan Tulisan Jawi
ii. Ko-kurikulum : Amal Islami

Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar dibarisi oleh 11 orang ustaz dan ustazah yang berpengalaman dalam bidang berkaitan mata pelajaran yang diajar.
Ust Hj Mat Salleh Bin Hj Mastor -Guru Besar
Ustazah Sharifah Binti Mohd Nor
Ustaz Ahmad Farid Bin Mat Hashim
Ustaz Abdul Ghani Bin Ismail
Ustazah Rosmerah Binti Che Soh
Ustazah Siti Rosmina Binti Che Razak
Ustazah Siti Salina Binti Sheikh Muhammad
Ustaz Mohd Amin Bin Mohd Nor
Ustazah Rohanizah Binti Abu Talib
Ustazah Saharah Binti Hussin

Pengiktirafan
Sekolah KAFA Integrasi Al-Aziziah telah diberi penghargaan oleh Kementerian Pendidikan dengan membenarkan para pelajar menduduki ujian-ujian untuk memasuki Sekolah Agama Kebangsaan. Ujian-ujian tersebut ialah:
i. Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi pelajar darjah lima (5)
ii. Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) bagi pelajar darjah enam (6)

Yuran Pengajian
Yuran pengajian terdiri daripada:
i. Pendaftaran : RM 35.00
ii. Yuran bulanan : RM 35.00
iii. Sum : RM 35.00
iv. Amal Islami : RM 15.00
v. Ujian : RM 20.00
vi. Al-Quran : RM 20.00
vii. Insuran : RM 2.50

Pendaftaran
Pendaftaran pelajar baru dibuka bermula Oktober sehingga awal penggal pertama persekolahan. Pendaftaran boleh dibuat di pejabat KAFA. Sebarang maklumat sila hubungi:
i. Pejabat : Tel 03-79551022 & Fax 03-79579111
ii. Ustaz Salleh : 019-3721166
iii. Ustzah Sharifah : 019-2576081

Syarat-syarat pengambilan pelajar
i. Berumur 6 tahun ke atas
ii. warganegara Malaysia
iii. Sihat fizikal dan mental

Pengangkutan
Sekolah KAFA Integrasi Al-Aziziah turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan bagi mengambil dan menghantar pulang pelajar melalui van yang diwakafkan untuk kemudahan tersebut. Bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan ini, bolehlah menghubungi En. Abdul Wahab Abd Samad (019-6637382).


Badan Kebajikan Ibu Bapa Dan Guru
Badan Kebajikan Ibu Bapa dan Guru ditubuhkan bagi membantu dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan KAFA yang kian berkembang.

0 comments:

Post a Comment