WAKTU SOLAT
Tarikh | Subuh | Syuruk | Zohor | Asar | Maghrib | Isyak |
1/11 | 5:40 | 6:58 | 13:00 | 16:20 | 18:58 | 20:09 |
5/11 | 5:40 | 6:58 | 13:00 | 16:20 | 18:58 | 20:09 |
10/11 | 5:40 | 6:59 | 13:00 | 16:21 | 18:58 | 20:10 |
15/11 | 5:40 | 7:00 | 13:01 | 16:22 | 18:58 | 20:10 |
20/11 | 5:41 | 7:01 | 13:02 | 16:24 | 18:59 | 20:12 |
25/11 | 5:42 | 7:03 | 13:03 | 16:25 | 19:00 | 20:13 |
30/11 | 5:43 | 7:05 | 13:05 | 16:27 | 19:01 | 20:15 |
LAWATAN ANAK-ANAK KAFA
Pada 16hb Oktober 2010 anak-anak dibawa ziarah Melaka dan Port Dickson. Kegembiraan jelas dapat dilihat di wajah mereka serta guru-guru. Geleri gambar boleh didapati di laman web http://masjidbulat.com






Solat sunat Aidil Adha adalah pada 8:30pg Rabu 17hb Nov 2010.
Penyembelihan korban adalah pada pagi Khamis 18hb Nov 2010. Para petugas-sukarelawan yang telah berdaftar diminta berkumpul mulai pukul 7:00pg; taklimat adalah pada jam 7:15 pg.
Harga sebahagian lembu korban adalah RM355.00 dan untuk satu ekor lembu RM2485.00 (7 bahagian).
SEKAPUR SIREH
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dalam pengurusan sesebuah organisasi, pengurusan masjid juga tidak terkecuali dari terlibat dengan banyak isu-isu yang perlu diurus, dipantau dan diperbaiki. Untuk terus memantapkan pengurusan masjid penyusunan semula tenaga kerja telah dibuat. Puan Siti Faridah Bt Zainuddin kini diberikan tanggungjawab memangku melaksanakan tanggungjawab sebagai Pegawai Tadbir. Manakala Ustaz Abdul Rashid Bin Abdullah mengetuai bahagian Dakwah dan Islah.
Perpindahan ini adalah bagi membolehkah pengalaman Ustaz Abdul Rashid dalam bidang Pengajian Islam ditumpukan kepada aktiviti Hal Ehwal Islam, sementara pengalaman Puan Siti dalam pentadbiran dapat ditumpukan kepada urusan pejabat masjid. Saya yakin kedua mereka mampu melaksanakan tugas dengan baik. Saya memohon agar seluruh ahli kariah dan warga kerja dapat memberi sokongan yang jitu kepada mereka berdua.
Syukur kepada Allah SWT kerana tidak lama lagi kita akan merayakan satu lagi hari kebesaran Islam iaitu Aidil Adha. Ia merupakan hari raya yang dikaitkan dengan ibadah haji dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS serta anak dan isteri baginda. Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji atau pulang ke kampung maka marilah kita berhimpun bersama di masjid ini untuk bertakbir, bertahmid dan menunaikan solat sunat Aidil Adha.
Seterusnya kita akan melaksanakan ibadah korban sepertimana yang diperintahkan Allah SWT. Daging korban tersebut akan diagihkan kepada mereka yang berhak ke atasnya. Tahun ini seperti lazimnya kita akan mengadakan korban di masjid. Marilah kita mengambil peluang ini untuk melaksanakan ibadah yang sangat dituntut oleh agama kita. Kepada semua yang akan terlibat dalam aktiviti korban saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Kepada semua ahli kariah Masjid Tun Abdul Aziz yang kini berada di Tanah Suci, sama-sama kita berdoa agar Allah SWT melimpahkan rahmat, dikurniakan kesihatan, dipermudahkan urusan dan dikurniakan haji yang mabrur kepada mereka.
Sebagai menutup bicara, saya dan ahli-ahli jawatankuasa serta warga kerja masjid ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.
Nazir
(Dato’ Profesor Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff)
KORBAN
Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha(10 Zulhijah) sehingga hari tasyrik (13 Zulhijah). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk satu orang atau seekor lembu untuk tujuh orang.
Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)." (Al-Kausar:1-3)
Berdasarkan kepada firman tersebut, jamhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya adalah lebih besar.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW bermaksud "Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini." (Ahmad dan Ibni Majah)
Dari hadis ini dapat dibuat kesimpulan, bahawa ibadah korban itu sangat penting sehingga hukumnya seolah-olah hampir kepada wajib, terutama kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka.

HIKMAH KORBAN
Jelaslah kepada kita bahawa ibadah korban itu disunatkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimim untuk memupuk semangat berkorban dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT untuk dirasai oleh golongan fakir miskin sekaligus memanifestasikan syiar Islam itu sendiri.
Antara hikmat dan nilai-nilai yang terkandung dalam ibadah korban antaranya ialah:
1. Melatih dan membentuk mentaliti kaum Muslimim supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain.
2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu; sesungguhnya solatku, hidupku, ibadahku, dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah SWT.
3. Menghidupkan sirah Nabi Ibrahim AS yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah SAW menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimin.
4. Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan kejasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah.
5. Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.
Sambutan Aidil Adha perlu dipenuhi dengan majlis kesyukuran dan doa selamat.
"Dan (ingatlah) tak kala Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab Ku amatlah keras." (Ibrahim:7)
SUDUT INGGERIS
Tips For SuperWoMen
Living in the fast lane, having to work and taking care of the family and home takes a great amount of energy, patience and perseverence for all; women and men alike. Here are some tips that would help reduce considerable time and energy. Energy being our pure brute force, and also the electricity that we consume. A point to remember is that energy spent will forever be gone. So conserve energy for our children and grandchildren.
What consumes considerable amount of energy is ironing, so lets start conserving with this. Iron only the area of clothing that is visible to others. When ironing shirts leave the area that wil be tucked inside the trousers unironed. For headscarves, iron only the outside area and not the hidden area that is folded inside. For baju kurung think about ironing only the sarong below the area left below the baju length.

A very good way to conserve energy is to buy clothes or headscarves that are iron-free. And for those who iron pyjamas, under-garments and home use clothes, consider stopping right now. Be kind to the coming generations.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman ‘Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?’ Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” (Tirmizi)
Penyusunan Semula Tenaga Kerja

Ustazah Siti Faridah - Pentadbiran

Ustaz Abdul Rashid - Hal Ehwal Islam
RUANG PENDAPAT
Adakah anda ada sesuatu yang ingin diluahkan mengenai masjid, isu-isu keagamaan di kawasan ini, atau cadangan-cadangan untuk meningkatkan ketakwaan kita bersama. Emelkannya kepada masjidbulat@gmail.com
Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya. (Al-Haj:37)
HAJI MABRUR
Didoakan Haji Mabrur bagi ahli-ahli jemaah kita yang telah berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini:
1. Tn Hj Khanafiah Hamidon dan isteri
2. En Kamarul Atar dan Fauziah Majid
3. En Mohidin Marzuki dan isteri
4. Puan Sri Hamidah dan anak perempuan
5. Cik Ngah Habibah, Abdul Razif Ibrahim dan Zaharah Bt Ibrahim
6. En Ira Irawan Muhamad dan Nasrah Bt Ismail
7. Hj Mohd Redza Mohd Zain dan Hana Husein
8. Ustaz Dr Mohd Farid Bin Mohd Shahran dan Arbayah Bt Mohd Nor
9. Hj Kasmuri Bin Sukardi dan Hjh Siti Zaleha Bt Mohd Nasir
10.En Mohd Yunus Bin Mansor dan isteri
AGIHAN KORBAN
Anda kenali jiran tetangga. Sekiranya ada jiran anda atau ahli kariah yang layak menerima agihan daging korban harap maklumkan. Pihak masjid akan memberi keutamaan kepada mereka.

NIAT SOLAT AIDIL ADHAاصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموماِللهِ تَعَالَي
Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala
Nukilan ini tercatat nama-nama Allah serta ayat-ayat al-Quran, dipohon memberi perhatian dalam penggunaan dan penyimpanannya.
Masjid Tun Abdul Aziz, Jalan Semangat, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Telefon:(03)79585868 Faks:(03)79579111 Emel:masjidbulat@gmail.com Laman web:www.masjidbulat.com
Telefon:(03)79585868 Faks:(03)79579111 Emel:masjidbulat@gmail.com Laman web:www.masjidbulat.com

