WAKTU SOLAT
Tarikh
| Subuh
| Syuruk
| Zohor
| Asar | Maghrib
| Isyak
|
1/10 | 5:45 | 7:01 | 13:06 | 16:16 | 19:07 | 20:16 |
5/10 | 5:44 | 7:00 | 13:05 | 16:17 | 19:06 | 20:15 |
10/10 | 5:43 | 6:59 | 13:03 | 16:17 | 19:04 | 20:13 |
15/10 | 5:42 | 6:59 | 13:02 | 16:18 | 19:02 | 20:11 |
20/10 | 5:41 | 6:58 | 13:01 | 16:18 | 19:01 | 20:10 |
25/10 | 5:40 | 6:58 | 13:00 | 16:19 | 18:59 | 20:10 |
30/10 | 5:40 | 6:58 | 13:00 | 16:19 | 18:58 | 20:09 |
SEBELUM SOLAT AIDILFITRIGeleri gambar berbagai aksi aktiviti sepanjang bulan Syawal boleh didapati di laman web http://masjidbulat.com

Kuliah Maghrib
* Jumaat – Hadis Bukhari (Prof Madya Dr Hayei Bin Abdul Shukur)
* Sabtu – Feqah (Hj Abdullah Bin Abdul Rahman)
* Ahad – Jalan Menuju Redha Allah (Ustaz Abdul Aziz Bin Ibrahim)
* Rabu – Ihya’ Ulumuddin (Dato’ Prof Dr Mohd Mokhtar Bin Shafie)
Kuliah Dhuha
* Ahad minggu 1, 3 & 5 (Ustaz Ahmad Faisal Abdul Hamid)
* Ahad minggu 2 & 4 (Profesor Dr Fauzi Deraman)
SEKAPUR SIREHAssalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pada 25hb September 2010 pihak Masjid Tun Abdul Aziz telah mengadakan majlis rumah terbuka dengan jayanya. Dianggarkan lebih kurang 1000 orang menghadirinya. Kehadiran berbagai peringkat masyarakat termasuk tetamu luar negara serta yang bukan beragama Islam yang berada di persekitaran masjid benar- benar menyemarakkan kemeriahan majlis. Kejayaan majlis adalah dari hasil kegigihan barisan AJK , wargakerja, biro wanita, sukarelawan dan ahli kariah. Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat. Majlis juga tidak akan dapat disempurnakan tanpa sumbangan penaja-penaja yang pemurah. Saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih. Hanya Allah saja yang dapat membalas amal yang dicurahkan.
Nukilan Masjid Bulat kini memasukki tahun kedua. Terdapat sedikit perubahan dari sudut penampilan. Nukilan ini diharapkan dapat menarik ramai ahli kariah tanpa mengira apa peringkat umur untuk menyalurkan cetusan pendapat, cadangan dan isu yang melibatkan masyarakat di persekitaran masjid.
Satu majlis nazir-nazir masjid berhampiran telah diadakan pada awal bulan syawal, membincangkan isu- isu semasa dan keperluan bersama. Insyallah satu program gabungan masjid- masjid berhampiran akan dilaksanakan pada musim cuti sekolah hujung tahun ini.
Akhir sekali ingin saya ucapkan kepada semua jemaah yang akan mengerjakan ibadah Haji; selamat berangkat ke Tanah Suci dan juga selamat kembali. Semoga setiap jemaah dikurniakan haji mabrur kerana tiada balasan baginya daripada Allah SWT melainkan syurga.
Nazir
(Dato’ Profesor Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff)
HAJIIbadat haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang berkemampuan. Ia berbeza dengan ibadah-ibadah lain seperti solat dan puasa. Selain memerlukan kekuatan fizikal dan mental, ia juga memerlukan kepada pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, berpisah dengan keluarga tercinta, sanak saudara, sahabat handai, meninggalkan kampung halaman, menahan kemahuan nafsu dan sebagainya.
Berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan tinggi jemaah haji dalam membuat persiapan melaksanakan ibadah tersebut, maka diharapkan ibadat haji yang dilaksanakan itu mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT dengan memperolehi haji yang mabrur.
Imam Nawawi mengatakan bahawa orang yang mendapat haji mabrur ialah orang yang tidak mencampur adukkan amalan dan tindakan dalam kehidupan seharian serta ibadahnya dengan sesuatu perkara yang berdosa selepas melaksanakan ibadah haji.
Persoalan besar yang ingin diutarakan di sini ialah bagaimana untuk mencapai haji mabrur tersebut? Pada prinsipnya, haji mabrur boleh dicapai dengan melaksanakan beberapa amalan. Diantaranya ialah;
1: Ibadat haji yang dilaksanakan itu hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan tidak riak atau menunjuk-nunjuk serta berbangga-bangga kepada orang lain.
2: Semua perbelanjaan haji adalah daripada sumber yang halal.
3: Melakukan rukun dan fardhu haji dengan memenuhi syarat dan sempurna.
4: Melakukan ibadat haji dengan taat, jujur dan ikhlas.
5: Beristiqamah dengan terus menerus mengamalkan perintah Allah SWT dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dalam kehidupan seharian.
KEMBALI KE RAHMATULLAH
Sekalung doa bagi ahli-ahli kariah yang telah kembali ke Rahmatullah. Salam takziah kepada ahli keluarga. Al-Fatihah.
1. Faizal Sultan Bin S Kareem Dad (Jalan 14/1)
2. Hj Mohd Rawi Bin Ariffin (Jalan 14/3)
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRIBanyak lagi gambar-gambar Rumah Terbuka Aidilfitri boleh didapati di laman web http://masjidbulat.com
REMAJA D’RAMADHAN
Program Remaja D’Ramadhan telah mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak muda di persekitaran masjid. Forum subuh yang membincangkan isu-isu menarik dianggotai oleh ahli-ahli panel yang terkenal, Ustaz Hasrizal Abd Jamil terkenal sebagai penulis blog saifulislam.com dan juga Ustaz Dzulkarnain Hamzah Hos Program Imam Muda Astro dan Pengacara Kalam Suci Astro.
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. (Bukhari, Muslim)
LAWATAN ADUNYB Puan Haniza Mohd Talha amat perihatin terhadap nasib ibu-ibu tunggal dan keluarga kurang bernasib baik. Telah dua Ramadan berturut-turut beliau membuat sumbangan kepada kumpulan-kumpulan ini melalui Masjid Tun Abdul Aziz. Beliau adalah seorang yang peramah, tinggi budi pekerti, dan amat mudah untuk berurusan. Beliau datang dengan beberapa orang rakan sambil membawa sumbangan. Semoga beliau akan terus memberikan khidmat dan nikmat kepada mereka yang memerlukan.
IMAM WAN AINUDDIN
Imam terbaru masjid kita, Wan Ainuddin Hilmi Bin Abdullah, adalah johan qari pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-53 bulan Julai 2010. Pada bulan Ogos pula beliau telah muncul sebagai naib johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-52. Beliau kini berjaya menyandang naib johan dalam “Al-Fateh International Prize for Memorization and Intonation of the Holy Quran” yang telah diadakan pada bulan September 2010 di Tripoli, Libya.
RUANG PENDAPATRuang ini dikhaskan untuk ahli kariah, jemaah, remaja masakini, untuk mengutarakan pendapat dan cadangan penyelesaian mengenai isu-isu semasa. Artikel-artikel yang terpilih akan dimuatkan dalam nukilan yang akan datang atau di laman web masjid. Marilah kita bersama-sama memanafaatkan peluang ini.
Apakah yang diharapkan oleh remaja daripada masjid?
Emelkan pendapat anda kepada
masjidbulat@gmail.com
UCAPAN TALBIAH
لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
إِنَّ الْحَمْدَ ، وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ ، لاَشَرِيْكَ لَكَ
Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu.
Nukilan ini tercatat nama-nama Allah serta ayat-ayat al-Quran, dipohon memberi perhatian dalam penggunaan dan penyimpanannya.
Masjid Tun Abdul Aziz, Jalan Semangat, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Telefon:(03)79585868 Faks:(03)79579111 Emel:masjidbulat@gmail.com Laman web:www.masjidbulat.com