Hari Terbuka Masjid Tuna Abdul Aziz
Pembentangan Sesi 2009/2010
Ringkasan Lapuran oleh Setiausaha.
Ringkasan Kewangan oleh Bendahari.
Perbincangan Terbuka.
18 Julai 2010 (Ahad) 9:00pg
Tkt. Bawah Masjid Tun Abdul Aziz
Satu Peralihan Paradigma
Penceramah: Ustaz Mohd Uda Bin KassimPendakwah Bebas15 Julai 2010 Selepas Solat Maghrib (Khamis malam Jumaat)
Waktu Solat 1 Syaaban 1431 Subuh 5:47pg - Syuruk 7:10pg - Zuhur 1:22tgh - Asar 4:46ptg - Maghrib 7:30mlm - Isyak 8:45mlm
SEKAPUR SIREH
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Syaaban membawa kita semakin hampir ke bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan dimana Allah SWT mengurniakan pelbagai ganjaran kepada hamba-Nya. Sebagai persiapan untuk menghadapi Ramadhan, dibulan Syaaban kita digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti yang dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Peristiwa yang sangat istimewa pada bulan ini adalah Nisfu Syaaban, dimana buku amalan kita untuk tahun lepas diangkat ke langit dan saling diganti dengan buku yang baru. Nukilan kali ini menyentuh mengenai Nisfu Syaaban dan amalan yang biasa dilakukan sepanjang bulan.
Kini hampir setahun saya dan rakan-rakan memikul tanggungjawab yang berat sebagai AJK masjid. Banyak perkara yang kami pelajari dan berbagai pengalaman telah kami harungi. Sepanjang tahun bermacam perancangan telah disusunatur. Hasil dari perancangan tersebut berbagai aktiviti-aktiviti telah dilaksanakan. Pengurusan masjid sentiasa diutamakan untuk mempertingkat khidmat kepada ahli kariah.
Mesyuarat Agung Masjid Tun Abdul Aziz akan diadakan pada 18hb Julai 2010 dimana perkembangan masjid akan dibentang dan dibincangkan. Semua ahli kariah dijemput hadir untuk kita sama-sama memertabatkan masjid.
Hari Terbuka Masjid akan diadakan pada 31hb Julai 2010 dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dirancangkan. Aktiviti bagi pelbagai peringkat umur akan diadakan. Marilah kita jayakan majlis ini.
Akhir sekali saya ingin mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang telah menyumbang terhadap peralatan-peralatan yang telah kami buka untuk tajaan bulan lepas. Bersedekah adalah suatu amalan sunat yang akan diberi Allah SWT ganjaran yang tersangat besar.
Nazir
(Dato' Profesor Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff)
KEISTIMEWAAN SYAABAN
Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT. Bulan Syaaban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia selama setahun diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
1. Memperbanyak puasa sunat. Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan beristighfar. Bertaubat dan beristighfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.
Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Syaaban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.
Rasulullah SAW pernah ditanya mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Syaaban berbanding bulan-bulan yang lain. Baginda bersabda "Bulan itu (Syaaban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa". (An-Nasaie)
TAUBAT NASUHA
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:
1. Hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.
3. Berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.
Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, maka hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.
NISFU SYAABAN
Kelebihan malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu'az bin Jabal RA yang Rasulullah SAW bersabda "Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan". (Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Syaaban adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam Asy-Syafi'e dalam kitabnya Al-Umm telah dikata: Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidilfitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban. Kita boleh hidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca Al-Quran.
Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup. Sabda Nabi SAW "Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu". (Bukhari)
Sembahyang yang paling disukai Nabi SAW adalah apa jua sembahyang yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.
CARA-CARA BERSEDEKAH
Sedarkah kita bahawa kita boleh bersedekah dengan berbagai-bagai cara. Bersedekah tidak semestinya kita keluarkan wang ringgit walaupun itu adalah salah satu cara yang terbaik.
Bersedekah dengan tenaga. Gotong-royong adalah contoh yang terbaik untuk menunjukkan bersedekah dengan tenaga. Akan tetapi membantu seseorang melakukan sesuatu tanpa pembayaran adalah sedekah kepada orang itu.
Bersedekah dengan otak. Ramai yang buntu dengan cara menyelesaikan masaalah sendiri. Mungkin mereka ini kurang pembelajaran atau mereka tidak pernah mengalami kesukaran tersebut. Sekiranya kita boleh memberi mereka idea untuk menyelesaikan masaalah mereka, kita telah bersedekah.
Bersedekah dengan ucapan. Ada berbagai cara untuk menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Apabila kita berkata-kata, kita boleh berucap dengan kasar atau kita boleh berucap dengan lembut. Berucaplah dengan baik dan kita telah bersedekah.
Bersedekah dengan senyuman. Memandang muka yang senyum berseri menyedap mata kita. Jadi bersedekahlah dengan senyuman.
Bersedekah dengan diam. Adakalanya kata-kata kita mungkin tidak menyenangkan pendengar. Jadi bersedekahlah kepada pendengar itu dengan berdiam. Tunggulah sehingga masa yang lebih sesuai untuk menyampaikan berita sebegitu.
HARI TERBUKA MASJID
31 Julai 2010 9pg-3ptg akan diadakan Hari Terbuka Masjid. Majlis ini khas untuk semua penduduk di sekitar Petaling Jaya termasuk yang bukan beragama Islam. Majlis ini berpeluang mendedahkan semua kepada masjid kita.
Pelbagai pertandingan telah dijadualkan yang semestinya akan mencungkil bakat anak-anak dan juga kaum ibu dan bapa. Setiap peraduan adalah terhad kepada beberapa orang sahaja. Segeralah hubungi pejabat masjid untuk dapatkan borang penyertaan.
Anda berpeluang membuat belian terbaik daripada jualan lambak barangan terpakai. Nikmati juga juadah daripada berjenis-jenis makanan dan kuih-muih. Pembelian adalah melalui kupon dan boleh didapati dari pejabat masjid.
Sampaikan jemputan ini kepada jiran taulan di persekitaran anda. Semoga majlis ini dapat merapatkan silaturrahim antara kita semua. Datanglah hari itu seawal mungkin.
SOLAT GERHANA
Baru-baru ini kita telah mengalami gerhana bulan pada 26hb Jun 2010 Sabtu malam Ahad dan telah medirikan solat gerhana berjemaah. Untuk tahun ini gerhana bulan dialami juga pada 1hb Januari 2010 dan gerhana matahari dialami pada 15hb Januari 2010.
Solat sunat gerhana bulan hukumnya adalah sunat muakkad, disyariatkan pada tahun kelima hijrah. Di antara tujuan solat ini disyariatkan adalah supaya orang Islam kembali dan bermunajat kepada Allah SWT agar dihindarkan daripada bala dan dikembalikan cahaya.
Sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah SWT. Keduaduanya gerhana tidak sebabkan kematian seseorang atau hidupnya seseorang. OIeh itu, apabila melihat
gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala kegelapan”. (Muslim)
SAHKAN KIBLAT ANDA
Setiap tahun pada dua waktu matahari akan berada tepat di atas Kaabah. Waktu-waktu ini adalah 28hb Mei 12:18tgh dan 16hb Julai 12:27tgh waktu Makkah.
Memandangkan Malaysia adalah 5 jam lebih awal, jadi pada 28hb Mei 5:18ptg dan 16hb Julai 5:27ptg arah matahari adalah tepat pada arah kiblat.

Sambutan Israk Mikraj
15 Julai 2010 Khamis mlm Jumaat - Satu Peralihan Paradigma (Ustaz Uda Bin Kassim)
Mesyuarat Agung Tahunan 2009/2010
18 Julai 2010 Ahad 9pg-12tgh Ruang Bawah
Yasin & Tahlil Sempena Nisfu Syaaban
27 Julai 2010 Selasa mlm Rabu
Khutbah Jumaat
30 Julai 2010 - Khatib Jemputan (Ybhg Dato Dr Hassan Ali)
Hari Terbuka Masjid Tun Abdul Aziz
31 Julai 2010 9pg-3ptg Silaturrahim Bersama Kariah
Kuliah Maghrib
* Jumaat – Hadis Bukhari (Prof Madya Dr Hayei Bin Abdul Shukur)
* Sabtu – Feqah (Hj Abdullah Bin Abdul Rahman)
* Ahad – Jalan Menuju Redha Allah (Ustaz Abdul Aziz Bin Ibrahim)
* Rabu – Ihya’ Ulumuddin (Dato’ Prof Dr Mohd Mokhtar Bin Shafie)
Kuliah Dhuha
* Ahad minggu 1, 3 & 5 (Ustaz Ahmad Faisal Abdul Hamid)
* Ahad minggu 2 & 4 (Profesor Dr Fauzi Deraman)
Sesungguhnya Al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka adalah pahala yang besar. (Al-Isra':9)
KEISTIMEWAAN SYAABAN
Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT. Bulan Syaaban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia selama setahun diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
1. Memperbanyak puasa sunat. Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan beristighfar. Bertaubat dan beristighfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.
Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Syaaban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.
Rasulullah SAW pernah ditanya mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Syaaban berbanding bulan-bulan yang lain. Baginda bersabda "Bulan itu (Syaaban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa". (An-Nasaie)
TAUBAT NASUHA
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:
1. Hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.
3. Berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.
Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, maka hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir, seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah:261)
NISFU SYAABAN
Kelebihan malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu'az bin Jabal RA yang Rasulullah SAW bersabda "Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan". (Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Syaaban adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam Asy-Syafi'e dalam kitabnya Al-Umm telah dikata: Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidilfitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban. Kita boleh hidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca Al-Quran.
Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup. Sabda Nabi SAW "Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu". (Bukhari)
Sembahyang yang paling disukai Nabi SAW adalah apa jua sembahyang yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.
CARA-CARA BERSEDEKAH
Sedarkah kita bahawa kita boleh bersedekah dengan berbagai-bagai cara. Bersedekah tidak semestinya kita keluarkan wang ringgit walaupun itu adalah salah satu cara yang terbaik.
Bersedekah dengan tenaga. Gotong-royong adalah contoh yang terbaik untuk menunjukkan bersedekah dengan tenaga. Akan tetapi membantu seseorang melakukan sesuatu tanpa pembayaran adalah sedekah kepada orang itu.
Bersedekah dengan otak. Ramai yang buntu dengan cara menyelesaikan masaalah sendiri. Mungkin mereka ini kurang pembelajaran atau mereka tidak pernah mengalami kesukaran tersebut. Sekiranya kita boleh memberi mereka idea untuk menyelesaikan masaalah mereka, kita telah bersedekah.
Bersedekah dengan ucapan. Ada berbagai cara untuk menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Apabila kita berkata-kata, kita boleh berucap dengan kasar atau kita boleh berucap dengan lembut. Berucaplah dengan baik dan kita telah bersedekah.
Bersedekah dengan senyuman. Memandang muka yang senyum berseri menyedap mata kita. Jadi bersedekahlah dengan senyuman.
Bersedekah dengan diam. Adakalanya kata-kata kita mungkin tidak menyenangkan pendengar. Jadi bersedekahlah kepada pendengar itu dengan berdiam. Tunggulah sehingga masa yang lebih sesuai untuk menyampaikan berita sebegitu.
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya, dan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al-Baqarah:262)
HARI TERBUKA MASJID
31 Julai 2010 9pg-3ptg akan diadakan Hari Terbuka Masjid. Majlis ini khas untuk semua penduduk di sekitar Petaling Jaya termasuk yang bukan beragama Islam. Majlis ini berpeluang mendedahkan semua kepada masjid kita.
Pelbagai pertandingan telah dijadualkan yang semestinya akan mencungkil bakat anak-anak dan juga kaum ibu dan bapa. Setiap peraduan adalah terhad kepada beberapa orang sahaja. Segeralah hubungi pejabat masjid untuk dapatkan borang penyertaan.
Anda berpeluang membuat belian terbaik daripada jualan lambak barangan terpakai. Nikmati juga juadah daripada berjenis-jenis makanan dan kuih-muih. Pembelian adalah melalui kupon dan boleh didapati dari pejabat masjid.
Sampaikan jemputan ini kepada jiran taulan di persekitaran anda. Semoga majlis ini dapat merapatkan silaturrahim antara kita semua. Datanglah hari itu seawal mungkin.
SOLAT GERHANA
Baru-baru ini kita telah mengalami gerhana bulan pada 26hb Jun 2010 Sabtu malam Ahad dan telah medirikan solat gerhana berjemaah. Untuk tahun ini gerhana bulan dialami juga pada 1hb Januari 2010 dan gerhana matahari dialami pada 15hb Januari 2010.
Solat sunat gerhana bulan hukumnya adalah sunat muakkad, disyariatkan pada tahun kelima hijrah. Di antara tujuan solat ini disyariatkan adalah supaya orang Islam kembali dan bermunajat kepada Allah SWT agar dihindarkan daripada bala dan dikembalikan cahaya.
Sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda kebesaran Allah SWT. Keduaduanya gerhana tidak sebabkan kematian seseorang atau hidupnya seseorang. OIeh itu, apabila melihat
gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala kegelapan”. (Muslim)
SAHKAN KIBLAT ANDA
Setiap tahun pada dua waktu matahari akan berada tepat di atas Kaabah. Waktu-waktu ini adalah 28hb Mei 12:18tgh dan 16hb Julai 12:27tgh waktu Makkah.
Memandangkan Malaysia adalah 5 jam lebih awal, jadi pada 28hb Mei 5:18ptg dan 16hb Julai 5:27ptg arah matahari adalah tepat pada arah kiblat.
رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُWahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Nukilan ini tercatat nama-nama Allah serta ayat-ayat al-Quran, dipohon memberi perhatian dalam penggunaan dan penyimpanannya.
Masjid Tun Abdul Aziz, Jalan Semangat, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Telefon:(03)79585868 Faks:(03)79579111 Emel:masjidbulat@gmail.com Laman web:www.masjidbulat.com

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJTARIKH :15hb Julai 2010 ( Khamis malam Jumaat )PENYAMPAI :Ust Uda KassimTEMA : “Satu Peralihan Paradigma”
YASSIN & TAHLIL SEMPENA NISFU SYA’BANTARIKH :27hb Julai 2010 ( Selasa malam Rabu )
KHUTBAH JUMAATTARIKH : 30hb Julai 2010PENYAMPAI : YB Dato’ Dr Hassan b. Mohamed Ali
HARI TERBUKA MASJID TUN ABDUL AZIZTARIKH : 31hb Julai 2010 / 19 Syaaban 1431HMASA :Sabtu 9.00 pagi – 3.00 ptg
KULIAH DHUHA
Ahad minggu 1, 3 & 5 - Ustaz Ahmad Faisal Abdul Hamid
Ahad minggu 2 & 4 - Profesor Dr Fauzi Deraman
WAKTU | KULIAH SUBUH | KULIAH MAGHRIB | |||
TARIKH | HARI | PENCERAMAH | TAJUK | PENCERAMAH | TAJUK |
1 | SABTU | HJ MOHD YUSUF B. HJ NASIRUDIN AL-HAFIZ | TAHSIN QIRAAH, TARANUM & TAFSIR | HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN | FEQAH |
2 | AHAD | HJ HUSSAIN B. ABDULLAH | TAHSIN QIRAAH | UST ABD AZIZ B. IBRAHIM | JALAN MENUJU REDHA ALLAH |
3 | ISNIN | HJ CHE DIN B. HJ AWANG | TAHSIN QIRAAH | ||
4 | SELASA | HJ MD SALLEH B. MASTOR | TAHSIN QIRAAH | ||
5 | RABU | HJ MOHD YUSUF B. HJ NASIRUDIN AL-HAFIZ | TAHSIN QIRAAH, TARANUM & TAFSIR | PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE | IHYA’ ULUMUDDIN |
6 | KHAMIS | HJ SUJAK B. YUSOF | TAHSIN QIRAAH & TAFSIR | BACAAN YASIN & TAHLIL | |
7 | JUMAAT | HJ MOHD YUSUF B. HJ NASIRUDIN AL-HAFIZ | TAHSIN QIRAAH, TARANUM & TAFSIR | PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR | HADIS BUKHARI |
8 | SABTU | HJ MOHD YUSUF B. HJ NASIRUDIN AL-HAFIZ | TAHSIN QIRAAH, TARANUM & TAFSIR | HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN | FEQAH |
9 | AHAD | HJ HUSSAIN B. ABDULLAH | TAHSIN QIRAAH | UST ABD AZIZ B. IBRAHIM | JALAN MENUJU REDHA ALLAH |
10 | ISNIN | HJ CHE DIN B. HJ AWANG | TAHSIN QIRAAH | ||
11 | SELASA | HJ MD SALLEH B. MASTOR | TAHSIN QIRAAH | ||
12 | RABU | HJ MOHD YUSUF B. HJ NASIRUDIN AL-HAFIZ | TAHSIN QIRAAH, TARANUM & TAFSIR | PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE | IHYA’ ULUMUDDIN |
13 | KHAMIS | HJ SUJAK B. YUSOF | TAHSIN QIRAAH & TAFSIR | BACAAN YASSIN & TAHLIL | |
14 | JUMAAT | HJ MOHD YUSUF B. HJ NASIRUDIN AL-HAFIZ | TAHSIN QIRAAH, TARANUM & TAFSIR | PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR | HADIS BUKHARI |
15 | SABTU | HJ MOHD YUSUF B. HJ NASIRUDIN AL-HAFIZ | TAHSIN QIRAAH, TARANUM & TAFSIR | HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN | FEQAH |
16 | AHAD | HJ HUSSAIN B. ABDULLAH | TAHSIN QIRAAH | UST ABD AZIZ B. IBRAHIM | JALAN MENUJU REDHA ALLAH |
17 | ISNIN | HJ CHE DIN B. HJ AWANG | TAHSIN QIRAAH | ||
18 | SELASA | HJ MD SALLEH B. MASTOR | TAHSIN QIRAAH | ||
19 | RABU | HJ MOHD YUSUF B. HJ NASIRUDIN AL-HAFIZ | TAHSIN QIRAAH, TARANUM & TAFSIR | PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE | IHYA’ ULUMUDDIN |
20 | KHAMIS | HJ SUJAK B. YUSOF | TAHSIN QIRAAH & TAFSIR | BACAAN YASSIN & TAHLIL | |
21 | JUMAAT | HJ MOHD YUSUF B. HJ NASIRUDIN AL-HAFIZ | TAHSIN QIRAAH, TARANUM & TAFSIR | PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR | HADIS BUKHARI |
22 | SABTU | HJ MOHD YUSUF B. HJ NASIRUDIN AL-HAFIZ | TAHSIN QIRAAH, TARANUM & TAFSIR | HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN | FEQAH |
23 | AHAD | HJ HUSSAIN B. ABDULLAH | TAHSIN QIRAAH | UST ABD AZIZ B. IBRAHIM | JALAN MENUJU REDHA ALLAH |
24 | ISNIN | HJ CHE DIN B. HJ AWANG | TAHSIN QIRAAH | ||
25 | SELASA | HJ MD SALLEH B. MASTOR | TAHSIN QIRAAH | ||
26 | RABU | HJ MOHD YUSUF B. HJ NASIRUDIN AL-HAFIZ | TAHSIN QIRAAH, TARANUM & TAFSIR | PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE | IHYA’ ULUMUDDIN |
27 | KHAMIS | HJ SUJAK B. YUSOF | TAHSIN QIRAAH & TAFSIR | BACAAN YASIN & TAHLIL | |
28 | JUMAAT | HJ MOHD YUSUF B. HJ NASIRUDIN AL-HAFIZ | TAHSIN QIRAAH, TARANUM & TAFSIR | PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR | HADIS BUKHARI |
29 | SABTU | HJ MOHD YUSUF B. HJ NASIRUDIN AL-HAFIZ | TAHSIN QIRAAH, TARANUM & TAFSIR | HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN | FEQAH |
30 | AHAD | HJ HUSSAIN B. ABDULLAH | TAHSIN QIRAAH | UST ABD AZIZ B. IBRAHIM | JALAN MENUJU REDHA ALLAH |
Subscribe to:
Posts (Atom)