Majlis Ilmu - Adakah Solat Ku Diterima

Tajuk : Adakah Solat Ku Diterima
Penceramah : Ustaz Mohd Nidzam Bin Abd Kadir (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Tempat : Dewan Tkt. Bawah
Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)
Masa : 9:30pg hingga 10:30pg
Majlis percuma terbuka untuk semua muslimin dan muslimat.

Jamadilawal 1431

Waktu Solat 1 Jamadilawal 1431 Subuh 5:51pg – Syuruk 7:09pg - Zuhur 1:16tgh - Asar 4:26ptg - Maghrib 7:21mlm - Isyak 8:31mlm

SEKAPUR SIREH
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Penghayatan sains dan pembuktian fakta-fakta yang terdapat dalam al-Quran telah tercatat selama beratus-ratus tahun adalah bertujuan memantapkan kepercayaan kita kepada Allah SWT. Ia menjadi bukti yang amat utuh bahawa al-Quran itu Kalam Ilahi dan bukan ciptaan Nabi Muhammad SAW sebagai dituduh.

Ayat-ayat yang berkaitan dengan fenomena alam amat banyak. Ia mengajak kita berfikir, bertadabbur, insaf dan seterusnya mendekatkan diri kepada Pencipta alam. Betapa kita ini kerdil di sisi Allah SWT.

“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Al-Ghafir:57)

Inilah inti Nukilan Masjid Bulat untuk bulan ini. Semoga kita insaf dengan kejadian alam yang disusun oleh Allah SWT dan bersyukur dengan nikmat-nikmat yang dikurnia Nya di dunia ini.

Sempena Maulidur Rasul yang lepas, pihak jawatankuasa masjid telah menganjurkan majlis kesyukuran dan penghargaan kepada setiap mereka yang pernah memberikan apa jua sumbangan kepada masjid sejak pengurusan baru mengambil alih pada bulan Julai 2009. Majlis ini diadakan pada hari Jumaat yang jatuh pada cuti umum. Ahli kariah wanita juga dijemput hadir untuk majlis kesyukuran ini dan bersolat Jumaat lantaran tiada hadis yang menegah pihak wanita datang bersolat di masjid.

Dewan solat utama masjid tidak pernah penuh pada hari Jumaat yang jatuh pada hari cuti umum serta ruang solat tingkat atas yang lengang memudahkan jawatankuasa membuat urusan bagi pihak wanita.

Kami juga bersyukur Biro Wanita di masjid ini adalah sangat aktif. Mereka menganjurkan berbagai-bagai aktiviti yang memberi manafaat kepada golongan wanita, dan juga kepada golongan lelaki dan kanak-kanak.

Marilah kita semua memakmurkan masjid kita ini. Semoga dengan keikhlasan itu dipertingkatkan iman kita.

Nazir
(Dato’ Profesor Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff)




Kuliah Maghrib
Jumaat – Hadis Bukhari (Prof Madya Dr Hayei Bin Abdul Shukur)
Sabtu – Feqah (Hj Abdullah Bin Abdul Rahman)
Ahad – Jalan Menuju Redha Allah (Ustaz Abdul Aziz Bin Ibrahim)
Rabu – Ihya’ Ulumuddin (Dato’ Prof Dr Mohd Mokhtar Bin Shafie)

Kuliah Dhuha
Ahad minggu 1 & 3 - Ustaz Ahmad Faisal Abdul Hamid
Ahad minggu 2 & 4 - Profesor Dr Fauzi Deraman


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Ali-Imran:190-191)


GERHANA
Sesungguhnya kejadian gerhana bulan dan matahari adalah dua petanda yang membuktikan kebesaran, keluasan, kehebatan ciptaan, dan kasih sayang Allah SWT kepada umat manusia. Tahun ini kita telah menyaksikan kebesaran Allah SWT melalui kejadian gerhana bulan. Dan tidak lama selepas itu kita berpeluang menyaksikan pula kejadian gerhana matahari.

Dengan mengamati kehebatan dan kesempurnaan sistem perjalanan bulan dan matahari ini, maka akan semakin tinggi ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Walaupun ada di kalangan sesetengah pihak mengatakan kejadian ini sebagai fenomena astronomi dan sifat alam semulajadi, tetapi Islam mengajar umatnya agar menjadikan kejadian yang jarang-jarang berlaku ini sebagai peluang meyingkap tanda keagungan dan kebesaran Allah SWT.


Allah SWT telah banyak menyebut tentang kebesaran dan kekuasaan-Nya ke atas kejadian langit, bumi dan apa juga yang ada di antara kedua-duanya. Tidak ada satu zarah pun dari alam cakerawala ini yang terlepas dari pengawasan Allah SWT termasuk matahari. Tabiat matahari yang beredar di atas paksinya adalah bukti kepatuhan makhluk ini kepada ketentuan Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Dan matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” (Yasin:38-40)

Menginsafi betapa kehebatan kejadian di alam ini, Islam menganjurkan umatnya mendirikan solat khusus sempena kejadian gerhana matahari. Hakikatnya, kejadian ini memberi banyak pengajaran khususnya dalam mengukuhkan hubungan kita dengan Allah SWT.


Gerhana matahari yang berlaku adalah perintah Allah SWT untuk mengingatkan manusia supaya bertaubat, memohon ampun dan sentiasa membesarkannya. Perbuatan ini adalah sunat muakkad kerana Rasulullah SAW pernah melakukannya ketika berlaku gerhana matahari. Apabila terjadinya gerhana matahari, baginda bergegas ke masjid menyeru kaum muslimin untuk bersama solat gerhana matahari. Selesai solat, baginda naik ke mimbar menyampaikan khutbah yang mengandungi nasihat yang sangat penting.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah RA: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, bersolatlah dan bersedekahlah. Wahai umat Muhammad, tidak ada yang lebih cemburu (marah) mengatasi kemarahan Allah atas perbuatan zina di kalangan hambaNya sama ada lelaki atau perempuan. Wahai umat Muhammad, demi Allah, jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.” (Muslim)

Antara intisari nasihat baginda ini ialah:
1-meningkatkan keimanan dan ketaqwaan serta berserah diri hanya kepada Allah SWT,
2- banyak merenung rahsia ciptaan Allah SWT supaya memperolehi rasa cinta yang tinggi,
3- berwaspada menghadapi fitnah zina,
4 -kemuncak taqwa ialah kurangkan berfoya-foya dan banyakkan keinsafan.


SAINS DALAM AL-QURAN
“Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka maha sucilah Allah, pencipta yang paling baik.” (Al-Mu’minun:14)

Ayat al-Quran tersebut menggambarkan pembentukan bayi di dalam rahim ibunya. Pada zaman Rasulullah SAW tiada siapa tahu mengenai ilmu ini memandangkan 1400 tahun tiada teknologi x-ray atau CT scan. Hanya dengan teknologi ini dapat kita sahkan perkara ini.


“Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengena hamba-hambaNya yang dikehendakiNya tiba-tiba mereka menjadi gembira.” (Ar-Rum:48)

Yang kita ketahui pada zaman sekarang adalah fasa pertama pembentukan hujan memerlukan angin. Angin mengutip wap-wap air dari permukaan laut dan membawanya ke lapisan atas atmosfera. Wap-wap air ini merupakan awan di langit. Wap-wap air ini dicantumkan bergumpalan sehingga menjadi titisan air yang jatuh daripada awan itu. Pada zaman dulu orang tahu hujan turun dari awan tetapi tidak tahu awan itu bermula dari angin dan juga tidak tahu wap-wap air dicantumkan untuk menjadi titisan air hujan.

“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (An-Naml:88)

Penelitian geologi pada abad ke-20 menunjukkan benua-benua di bumi ini (dan gunung-ganang di atasnya) bergerak lebih kurang 1 inci setahun. Ini adalah kerana setiap benua adalah sebuah lempeng tektonik utama yang terapung di atas magma di perdalaman bumi. Pergeseran lempeng tektonik inilah yang mengakibatkan gempa bumi.

“Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” (Az-Zariyat:47)

Lebih kurang 80 tahun dahulu astronomi Amerika Syarikat dapat tahu melalui teropong angkasa mereka bahawa bintang-bintang dan cekerawala-cekerawala terus bergerak saling menjauhi. Ini bererti bahawa langit angkasalepas terus mengembang dan meluas. Tidak sesiapa boleh menentukannya pada zaman Rasulullah SAW.


Semua ayat-ayat al-Quran yang dinyatakan menunjukkan bahawa manusia tidak terdaya membuat kitab suci itu dengan fikiran terhad kita sendiri. Fakta-fakta ilmu tadi hanya terbukti selepas berzaman-zaman ianya tercatat di dalam al-Quran. Marilah kita kukuhkan akidah dan
dekatkan diri kepada Allah SWT,
pencipta alam.


AL-FATIHAH
Sekalung doa bagi Puan Hajjah Zan Fatimah Binti Mat Samad dari Seksyen 14, Petaling Jaya, ahli qariah yang telah kembali ke Rahmatullah. Salam takziah kepada keluarga yang ada.


WANITA DI MASJID
Sejak zaman Nabi Muhammad SAW kehadiran kaum wanita dalam solat berjemaah di masjid bukanlah suatu perkara yang asing. Dalam erti kata lain, terdapat di kalangan kaum sahabiyah wanita yang ikut menghadiri solat berjemaah di belakang para sahabat walaupun itu tidak wajib bagi mereka. Ada beberapa dalil dari sunnah yang sahih yang menunjukkan penyertaan wanita dalam solat berjemaah di masjid. Hadis dari Aisyah RA yang berkata: “Rasulullah SAW mengakhirkan solat Isyak hingga Umar memanggil beliau (dengan berkata) ‘Telah tertidur para wanita dan anak‑anak’. Maka keluarlah Nabi lalu berkata ‘Tidak ada seorang pun selain kalian dari penduduk bumi yang menanti solat ini’.” (Bukhari & Muslim)

Imam Nawawi dalam penjelasannya terhadap hadis ini berkata ucapan Umar memberi maksud penglibatan kaum wanita dalam solat berjemaah di masjid.

 

Dalam hadis lain, Aisyah RA mengkhabarkan: “Mereka wanita‑wanita mukminah menghadiri solat subuh bersama Rasulullah (SAW) dalam keadaan berselimut dengan kain‑kain mereka. Kemudian para wanita itu kembali ke rumah‑rumah mereka hingga mereka (selesai) menunaikan solat tanpa ada seorangpun yang mengenali mereka karena masih gelap.” (Bukhari)

Hadis ini menunjukkan kaum wanita terlibat pergi bersolat di masjid.

Hadis dari Abi Qatadah Al Anshari RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku berdiri untuk menunaikan solat dan berkeinginan untuk memanjangkan solat itu. Lalu aku mendengar tangisan bayi maka akupun memendekkan solatku kerana khuatir memberatkan ibunya.” (Bukhari, Abu Daud, Nasa'i & Ibnu Majah)

Hadis ini juga menunjukkan bahawa kaum wanita ada yang datang bersolat di masjid. Jika perkara itu ditegah, sudah tentu baginda akan terus menegah mereka datang sebaik selesai solatnya.

Meskipun begitu, tidak dinafikan bahawa seorang wanita lebih utama bersolat di rumah berbanding kaum lelaki. Ia menjadi tanggungjawab kaum lelaki memenuhkan masjid dan memakmurkannya. Solatnya seorang wanita di rumahnya lebih utama daripada solatnya di masjid.

Namun tidak bermaksud wanita dilarang atau perlu dicegah bila ingin hadir berjemaah di masjid kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila wanita (isteri) salah seorang dari kalian meminta izin untuk ke masjid maka janganlah dia mencegahnya.” (Bukhari, Muslim & Nasa'i)





رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia, dan juga kebaikan di akhirat, dan peliharakanlah kami dari azab neraka.

Nukilan ini tercatat nama-nama Allah serta ayat-ayat al-Quran, dipohon memberi perhatian dalam penggunaan dan penyimpanannya.

Masjid Tun Abdul Aziz, Jalan Semangat, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Telefon:(03)79585868 Faks:(03)79579111 Emel:masjidbulat@gmail.com

Jadual Bertugas Imam Dan Bilal April 2010


HARI / WAKTU
SUBUH

ZOHOR

ASAR

MAGHRIB

ISYA’

ISNIN
Imam:
Abd Aziz
Bilal: 
Nasrudin
Imam:
Salleh
Bilal:
Abd Rashid
Imam:
Salleh
Bilal:
Baharudin
Imam: 
Hussain
Bilal:
Syaharuddin
Imam: 
Hussain
Bilal:
Syaharuddin
SELASA
Imam:
Abd Aziz
Bilal: 
Nasrudin
Imam:
Hussain
Bilal:
Abd Razak
Imam:
Sujak
Bilal: Baharudin
Imam
Yusuf
Bilal:
Abd Wahab
Imam:
Yusuf
Bilal:
Abd Wahab
RABU
Imam:
Abd Aziz
Bilal:
Che Din
Imam:
Hussain
Bilal:
Abd Razak
Imam:
Sujak
Bilal:
Baharudin
Imam:
Sujak
Bilal:
Baharudin
Imam:
Sujak
Bilal:
Baharudin
KHAMIS
Imam:
Abd Aziz
Bilal:
Che Din
Imam:
Sujak
Bilal:
Nasrudin
Imam:
Sujak
Bilal:
Nasrudin
Imam: 
*Khamis malam Jumaat
Bilal:
Syaharuddin
Imam: 
*Khamis malam Jumaat
Bilal:
Syaharuddin
JUMAAT
Imam:
*Subuh pagi Jumaat
Bilal:
Nasrudin
Imam:
*Bergilir
Bilal:  
*Bergilir
Imam:
Sujak
Bilal:
Nasrudin
Imam:
Sujak
Bilal:
Abd Wahab
Imam:
Sujak
Bilal:
Abd Wahab
SABTU
Imam:
Yusuf
Bilal:
Nasrudin
Imam:
Abdullah
Bilal:
Che Din
Imam:
Abdullah
Bilal:
Che Din
Imam:
Abdullah
Bilal:
Che Din
Imam:
Abdullah
Bilal:
Che Din
AHAD
Imam:
Abd Aziz
Bilal: 
Nasrudin
Imam:
Che Din
Bilal: 
Nasrudin
Imam:
Che Din
Bilal: 
Nasrudin
Imam:
Sujak
Bilal:
Che Din
Imam:
Sujak
Bilal:
Che Din



*Subuh pagi Jumaat : 
Minggu 1 & 3 : Mohd Yusuf b. Mohamed Nasirudin
Minggu 2 & 4 : Hj Abd Aziz b. Hj Hassan

*Khamis malam Jumaat :
Minggu  1 : Mohd Yusuf b. Mohamed Nasirudin  
Minggu  2 : Hj Sujak b. Yusof
Minggu  3 : Hj Md Salleh b. Mastor
Minggu  4 : Hj Hussain b. Abdulllah

*Bergilir : 
Mohd Yusuf b. Mohamed Nasirudin - Pengurus Hal Ehwal Islam  
Hj Sujak b. Yusof - Imam I  
Hj Md Salleh b. Mastor - Imam II  
Hj Hussain b. Abdulllah - Imam III
Hj Abd Aziz b. Hj Hassan - Imam Kontrak
Hj Abdullah b. Hj Ab Rahman - Imam Sambilan
Hj Che Din b. Awang - Bilal I
Hj Baharuddin b. Hj Omar - Bilal II
Mohamad Nasrudin b. Abd Rasak - Bilal Kontrak 
Mat Syaharuddin Al-Rashid b. Mat Isa - Bilal Kontrak 
Abd Rashid b. Nordin - Bilal Kontrak 
Abd Rasak b. Leman - Bilal Kontrak 
Hj Abd Wahab b. Abbas - Bilal Sampingan


WAKTU
KULIAH SUBUH
KULIAH MAGHRIB
TARIKH
HARI
PENCERAMAH
TAJUK
PENCERAMAH
TAJUK
1
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
BACAAN YASSIN & TAHLIL

2
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
3
SABTU
MOHD YUSUF B. MOHAMED NASIRUDIN
TAHSIN QIRAAH & TAFSIR MUNIR JUZUK  A’MMA
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
4
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH
5
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR


6
SELASA




7
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
8
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
BACAAN YASSIN & TAHLIL

9
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
10
SABTU
MOHD YUSUF B. MOHAMED NASIRUDIN
TAHSIN QIRAAH & TAFSIR MUNIR JUZUK  A’MMA
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
11
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH
12
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN



13
SELASA




14
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
15
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
BACAAN YASSIN & TAHLIL

16
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
17
SABTU
MOHD YUSUF B. MOHAMED NASIRUDIN
TAHSIN QIRAAH & TAFSIR MUNIR JUZUK  A’MMA
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
18
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH
19
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR


20
SELASA




21
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
22
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
     BACAAN YASIN & TAHLIL

23
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
24
SABTU
MOHD YUSUF B. MOHAMED NASIRUDIN
TAHSIN QIRAAH & TAFSIR MUNIR JUZUK  A’MMA
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
25
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH
26
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
 TAFSIR


27
SELASA




28
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
29
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
BACAAN YASSIN & TAHLIL

30
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI