Rabiulakhir 1431

Waktu Solat 1 Rabiulakhir 1431 Subuh 6:04pg – Syuruk 7:19pg - Zuhur 1:24tgh - Asar 4:32ptg - Maghrib 7:26mlm - Isyak 8:35mlm

SEKAPUR SIREH 
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Menjadi kewajipan setiap muslim untuk berlaku baik dan mengambil berat sesama insan sama ada kita mempunyai hubungan kekeluargaan atau tidak. Itu adalah silaturrahim dan di sinilah letaknya keistimewaan Islam.

Berbuat baik kepada ibubapa merupakan silaturrahim yang paling utama. Kita sering kali dengar rintihan ibubapa mengenai anak pinak yang tidak mengambil berat tentang mereka kebiasaannya atas sebab kesibukan. Mereka kesunyian pada musim perayaan tanpa kunjungan anak cucu. Ada yang ditinggalkan di rumah warga emas tanpa diziarahi. Apa yang mengejutkan lagi ialah apabila kita baca berita mengenai anak berlaku kejam terhadap orang tua mereka.

Nukilan kali ini mengenengahkan coretan bagi kita mempertingkatkan tanggungjawab kita terhadap ibubapa kita dan juga terhadap rakan-rakan disekeliling kita. Bangkitkanlah kasih sayang dan ehsan terhadap semua. Tunjukkanlah kemuliaan Islam melalui prinsip kasih sayang dan silaturrahim yang diajar oleh Baginda SAW. Orang Islam semestinya memilki khazanah ini.

Oleh itu, hubungkanlah silaturrahim dan jangan sekali-kali memutuskannya. Bergaullah sesama insan dengan ahlak yang mulia.

Nazir
(Dato’ Profesor Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff)


Kuliah Maghrib
Jumaat – Hadis Bukhari (Prof Madya Dr Hayei Bin Abdul Shukur)
Sabtu – Feqah (Hj Abdullah Bin Abdul Rahman)
Ahad – Jalan Menuju Redha Allah (Ustaz Abdul Aziz Bin Ibrahim)
Rabu – Ihya’ Ulumuddin(Dato’ Prof Dr Mohd Mokhtar Bin Shafie)

Kuliah Subuh
Isnin-Jumaat – Tafsir Al-Quran (Ustaz Abdul Aziz Bin Hassan)
Sabtu – Tahsin Qiraah dan Tafsir Munir Juzuk A’mma (Hj Mohd Yusuf B Mohd Nasirudin Al-Hafiz)
Ahad – Minhajun Abidin (Ustaz Abdul Aziz Bin Hassan)

Kuliah Dhuha
Ahad minggu 1 dan 3 - Ustaz Ahmad Faisal Abdul Hamid
Ahad minggu 2 dan 4 - Profesor Dr Fauzi Deraman

Yasin dan Tahlil
Khamis selepas solat Maghrib



REZEKI DAN UMUR
Hikmah silaturrahim selain pahala di akhirat juga memiliki hikmah di dunia, iaitu diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim.”

Dari Anas bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan rezekinya atau dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim.”


SILATURRAHIM
Allah SWT mewajibkan kepada kita semua untuk menghubungkan silaturrahim dan mengharamkan memutuskannya dan menyuruh supaya sentiasa berbuat baik dan tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikan kepada semua manusia terutama kepada yang ada hubungan kekeluargaan ataupun kerabat.

 
“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takabur dan membangga-banggakan diri”(An-Nisa’:36)

Menghubungkan silaturrahim ialah berbuat baik kepada semua yang ada pertalian hubungan di antara kita. Bersegeralah menolong dan membantu mereka jika mereka memerlukannya dan jagalah perasaan mereka dengan sikap lemah-lembut. Juga cintailah mereka dan berilah nasihat dan tolonglah mereka dalam segala masalah yang sedang mereka hadapi. Dahulukanlah mereka dalam setiap perbuatan yang baik.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya “Sedekah kepada orang miskin mendapat pahala sedekah sahaja sedangkan kepada yang ada hubungan mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala menghubungkan silaturrahim”.

Menghubungkan silaturrahim ini diutamakan kepada mereka yang ada keretakan. Hubungkanlah silaturrahim dan lupakan persengketaan dan padamkan api dendam. Berlakulah baik dan tunjukkan kasih sayang.

“Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dengan perbuatan yang jahat, tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku yang demikian maka orang yang merasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib” (Fussilat:34)

Telah diriwayatkan di dalam hadis seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW “Sesungguhnya saya mempunyai keluarga dan saya menghubungkan silaturrahim dengan mereka tetapi mereka memutuskannya, saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya, saya memaafkan mereka tetapi mereka berlaku zalim terhadap saya. Bolehkah saya buat sebagaimana yang mereka buat?”

Nabi pula bersabda “Tidak boleh dan jika kamu buat yang demikian bererti kamu juga telah memutuskan silaturrahim dengan mereka. Tetapi bersikap mulialah terhadap mereka dan teruskanlah menghubungkan silaturrahim dengan mereka kerana sesungguhnya pertolongan Allah sentiasa bersama kamu selagi kamu berbuat yang demikian.”

Semoga kita semua beroleh kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


BAIK KEPADA IBUBAPA
Menghubungkan silaturrahim adalah wajib dan memutuskan silaturrahim adalah dosa besar. Adapun silaturrahim itu kerana keturunan atau kerana perkahwinan atau kerana satu persusuan. Dan juga kepada orang yang berjasa kepada kita; seperti guru, ustaz dan ulama, jiran tetangga, teman dan sebagainya. Berbuat baik kepada kedua-dua orang tua merupakan silaturrahim yang paling pokok dan utama. Ini merupakan perintah Allah dan Rasul Nya.

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia (Allah) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapa kamu dengan sebaik-baiknya.” (Al-Isra':23)

Betapa mulianya kedudukan kedua-dua orang tua di sisi Allah SWT. Dan masih banyak lagi ayat-ayat yang memerintahkan anak-anak supaya berbuat baik kepada kedua-dua orang tua memandangkan begitu banyaknya jasa-jasa ibubapa kepada anak.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud RA: Saya bertanya kepada Rasulullah SAW “Amal apakah yang paling dicintai Allah?”
Beliau menjawab “Solat pada waktunya.”
Saya bertanya “Apa lagi?”
Beliau bersabda “Berbuat baik kepada kedua-dua orang tua.”
Saya bertanya “Kemudian apa lagi?”
Beliau bersabda “Jihad di jalan Allah.” (Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain dari Abdullah bin Amr bin Ash RA bahwa Rasulullah SAW bersabda “Dosa-dosa besar adalah syirik kepada Allah, derhaka kepada kedua-dua orang tua, membunuh jiwa (manusia) dan sumpah palsu.” (Bukhari)

Adab seorang anak terhadap orang tua yang terdapat dalam Quran, antara lain:
i) berkata yang baik, tidak berkata 'ah', apalagi memberontak (Al-Isra':23);
ii) berlaku baik dan bergaul dengan mereka dengan cara yang baik (Luqman:15)
iii) merendahkan diri kepada mereka serta selalu mendoakan keduanya (baik ketika masih hidup atau setelah meninggal dunia (Al-Isra':24).


CERAMAH MAULIDUR RASUL
Telah diadakan pada 25 Februari 2010
Penceramah: Ustaz Zamihan Bin Hj Mat Zin
Al-Ghari (Penolong Pengarah ILIM)
"Rasulullah Contoh Ikutan Sepanjang Zaman"






JANGAN KATA PUTUS
Dari Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW telah bersabda “Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selagi doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selagi tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang “Apa maksudnya meminta dicepatkan?”

Jawab baginda “Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya: Aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Muslim)

Dari Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda “Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata: Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak lalu berkata: Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata: Kerana inilah tanganku dipotong. Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.” (Muslim)

Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia dipengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, memutuskan silaturrahim dan mencuri. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.

Hakikat harta diterangkan Rasulullah SAW seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah “Seorang hamba berkata, 'Hartaku, hartaku' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang ketiga itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain.” (Muslim)

Dari ‘Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Rahim (kasih sayang) itu tergantung di Arasy. Katanya: Siapa yang menghubungkanku, hubungi pula Allah akan dia, dan siapa memutuskanku, putuslah pula Allah akan dia.” (Muslim)

Daripada Jubair Bin Math’am RA beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim). (Bukhari dan Muslim)

Adapun balasan bagi orang yang memutuskan silaturrahim pula ialah tidak masuk syurga. Ini bererti ia akan dimasukkan ke dalam neraka. Walaupun ini tidak bermakna ia akan masuk ke dalam neraka untuk selama-lamanya jika ia ada iman, namun amaran keras ini menunjukkan bahwa silaturrahim adalah termasuk ke dalam salah satu dosa besar.

Selain tidak masuk syurga, orang yang memutuskan silaturrahim juga akan mendapat balasan seperti berikut:
1. Umur dan rezeki tidak dipanjangkan
2. Azab di dunia sebelum di akhirat
3. Terhalang ampunan dan rahmat Allah
4. Doanya tidak akan dikabulkan
5. Akan dibenci oleh manusia.




TERHINA YANG MENGHINA
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka mengenainya pada hari kiamat.” (Ahmad dan Tirmizi)

Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.

Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.


Masjid Tun Abdul Aziz, Jalan Semangat, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Telefon: (03) 7958 5868 Faks: (03) 7957 9111 Emel: masjidbulat@gmail.com

Jadual Kuliah Mac 2010


WAKTU
KULIAH SUBUH
KULIAH MAGHRIB
KHUTBAH JUMAAT
TARIKH
HARI
PENCERAMAH
TAJUK
PENCERAMAH
TAJUK
PENCERAMAH
1
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR




KHATIB JUMAAT BAHASA INGGERIS
5/3/2010
DR MOHD FARID  B. SHAHRAN
(TIMB. DEKAN ILMU WAYHU UIAM)
JABATAN USULUDDIN & PERBANDINGAN AGAMA

2
SELASA




3
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
4
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
     BACAAN YASIN & TAHLIL

5
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
6
SABTU
HJ MOHD YUSUF B. MOHAMED NASIRUDIN AL-HAFIZ
TAHSIN QIRAAH & TAFSIR MUNIR JUZUK A’MMA
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
7
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH



KHATIB JUMAAT
12/3/2010
UST HJ SUJAK B. YUSOF
MASJID TUN ABD AZIZ

8
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR


9
SELASA
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR


10
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
11
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
BACAAN YASSIN & TAHLIL

12
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN

PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
13
SABTU
HJ MOHD YUSUF B. MOHAMED NASIRUDIN AL-HAFIZ
TAHSIN QIRAAH & TAFSIR MUNIR JUZUK A’MMA
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
14
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH



KHATIB JUMAAT
19/3/2010
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UM
15
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR


16
SELASA




17
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
18
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN

BACAAN YASSIN & TAHLIL

19
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN

PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
20
SABTU
HJ MOHD YUSUF B. MOHAMED NASIRUDIN AL-HAFIZ
TAHSIN QIRAAH & TAFSIR MUNIR JUZUK A’MMA
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
21
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH




KHATIB JUMAAT
26/3/2010
PROF DR FAUZI B. DERAMAN
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UM

22
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR


23
SELASA




24
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN

PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
25
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN

     BACAAN YASIN & TAHLIL

26
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN

PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
27
SABTU
HJ MOHD YUSUF B. MOHAMED NASIRUDIN AL-HAFIZ
TAHSIN QIRAAH & TAFSIR MUNIR JUZUK A’MMA
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
28
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH