Forum Perdana Maulidir Rasul


Ahli Panel:

Ustaz Ghazali Bin Omar Al-Hafiz
Penceramah Jemputan Radio Selangor.fm

Ustaz Haslin Bin Baharin
Mantan Imam Besar Masjid Kuala Selangor

Tajuk: "Rasulullah Disayangi Sunnah Diikuti"

4 Mac 2010 Selepas Solat Maghrib (Khamis malam Jumaat)


Rabiulawal 1431

Waktu Solat 1 Rabiulawal 1431 Subuh 6:10pg – Syuruk 7:28pg - Zuhur 1:30tgh - Asar 4:49ptg - Maghrib 7:20mlm - Isyak 8:40mlm


SEKAPUR SIREH
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Rabiulawal adalah bulan istimewa dalam takwim Islam. 12 hb Rabiulawal adalah tarikh lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW; rasul seluruh umat manusia sehingga akhir zaman.

Baginda ialah contoh terulung sebagai seorang individu berahklak mulia, tinggi pekerti, suami yang penyayang, ketua keluarga yang cemerlang, ketua masyarakat dan juga pemimpin teragung. Baginda berhasil membentuk sebuah masyarakat dengan peradaban yang baik dan berbudi bahasa. Memupuk ikatan persaudaraan sesama mereka dan membawa masyarakat yang bergelumang dengan kekufuran dan fahaman jahiliah kepada cahaya keimanan dan mentauhidkan Allah SWT. Kepimpinan baginda menarik orang-orang Arab jahiliah menganut agama Islam dan seterusnya Islam berkembang ke merata pelusuk dunia.

Kita hendaklah mengambil baginda sebagai contoh tauladan dalam segala aspek kehidupan. Kebahagiaan di dunia dan di akhirat akan hanya dapat di kecapi dengan memetik nur yang dibawa baginda.

Nukilan kali ini akan menengahkan beberapa aspek kehidupan dan perjuangan baginda untuk kita hayati dan untuk kita jadikan sebagai panduan hidup.

Pihak masjid ada menganjurkan beberapa acara dalam bulan ini sebagai sambutan Maulidur Rasul. Semoga dengan itu rasa cinta kita kepada baginda akan meningkat.

Sabda baginda:
لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ َجْمَعِينَ
bermaksud “tidak beriman seseorang kamu sehingga dia merasa aku dikasihi olehnya mengatasi ayah, anaknya dan manusia lainnya”. (Bukhari)

Nazir
(Dato’ Profesor Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff)



Kuliah Maghrib
Jumaat – Hadis Bukhari (Prof Madya Dr Hayei Bin Abdul Shukur)
Sabtu – Feqah (Hj Abdullah Bin Abdul Rahman)
Ahad – Jalan Menuju Redha Allah (Ustaz Abdul Aziz Bin Ibrahim)
Rabu – Ihya’ Ulumuddin (Dato’ Prof Dr Mohd Mokhtar Bin Shafie)

Kuliah Subuh
Isnin-Jumaat – Tafsir Al-Quran (Ustaz Abdul Aziz Bin Hassan)
Sabtu – Tahsin Qiraah & Tafsir Ayat-ayat Hukum (Hj Mohd Yusuf B Mohd Nasirudin Al-Hafiz)
Ahad – Minhajun Abidin (Ustaz Abdul Aziz Bin Hassan)

Kuliah Dhuha
Ahad minggu 1 & 3 - Ustaz Ahmad Faisal Abdul Hamid
Ahad minggu 2 & 4 - Profesor Dr Fauzi Deraman

Yasin & Tahlil
Khamis selepas solat Maghrib


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Ceramah Perdana
Khamis selepas solat Maghrib 25 Februari 2010
Ustaz Zamihan Bin Hj Mat Zin Al-Ghari (Penolong Pengarah ILIM)
Tajuk: Rasulullah Contoh Ikutan Sepanjang Zaman


Forum Perdana
Khamis selepas solat Maghrib 4 Mac 2010
Ustaz Ghazali Bin Omar Al-Hafiz (Penceramah Jemputan Radio Selangor FM)
dan Ustaz Haslin Bin Hasyim (Mantan Imam Besar Masjid Kuala Selangor)
Tajuk: Rasulullah Disayangi Sunnah Diikuti


“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam (neraka) Saqar?” Mereka menjawab “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat” (Al-Muddathir:42-43)


MUHAMMAD SAW RAHMAT SEKALIAN ALAM
Firman Allah SWT: "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam". (Al-Anbia':107)

Rasulullah SAW selama tempoh 23 tahun telah menyebarkan dakwahnya ternyata dapat menyatu padukan masyarakat Arab Jahiliah yang ketika itu terkenal kebiadapan, kekasaran dan kekejaman mereka. Walaupun baginda terpaksa berhadapan dengan musuh dan bahaya, namun baginda tetap dan tabah serta tidak henti-henti menyampaikan risalahnya, akhirnya tertegaklah islam sehingga ke hari ini.


Kejayaan dan kecemerlangan baginda adalah berdasarkan kekuatan yang lahir dari sifat keperibadiannya, dimana baginda bersifat sederhana, tegas, amanah, kasih sayang dan lain-lain lagi yang merupakan elemen penting ketika baginda menyampaikan seruan dakwahnya. Walaupun dalam masa yang sama baginda diugut, dimaki, dicela dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan serta fitnah keatas dirinya, namun semua itu tidak menghalang baginda untuk menyebarkan dakwahnya. Bahkan kerana sikap yang berani, tegas, berhemah dan beramanah baginda telah digelarkan dengan gelaran "Al-Amin".

Prinsip baginda yang tegas itulah telah menghalang baginda dari menerima berbagai tawaran daripada kaum Quraisy, bahkan tidak sedikit pun hatinya berganjak dan tertarik dengan tawaran tersebut. Sehinggakan pujuk rayu bapa saudaranya sendiri pun baginda tidak menerima, malah menegaskan dengan
sabdanya: "Demi Allah, wahai bapa saudaraku, jika mereka meletakkan matahari ditangan kananku dan bulan ditangan kiriku agar aku tinggalkan penyebaran agama islam, tidaklah aku akan tinggalkannya sehingga nyata dan jelas kebenaran agama islam atau aku terkorban kerana menyebarkannya".

Justeru dalam situasi sekarang ini, kita hendaklah beringat dan berwaspada setiap masa, kerana masih ada dikalangan musuh-musuh islam yang tidak senang hati dan sentiasa mencari jalan memburuk-burukkan kemuliaan dan keagungan Rasulullah SAW. Mereka memporak-perandakan permuafakatan dan kesatuan umat islam yang terbina. Kedengkian dan kejahatan mereka amat jelas apabila tersiarlah kerektor yang mempersendakan dan menghina Nabi Muhammad SAW dengan memberi gambaran negetif tentang pengajaran yang dibawa ke arah keganasan sedangkan baginda mempunyai keperibadian yang mulia, dan sering kali bertindak membawa perdamaian dan permuafakatan semasa hidupnya.


Ini terbukti dalam suatu kisah pembukaan kota Makkah yang mana Rasulullah SAW memaafkan seorang lelaki bernama Khatib Ibnu Abi Baltaah atas kesalahannya mengirimkan surat untuk memberitahu pihak Quraisy bahawa kaum muslimin akan menyerang mereka. Tindakannya itu atas alasan untuk menyelamatkan saudara-maranya di kota Makkah. Namun setelah memperolehi surat tersebut dan beliau mengakui kesalahannya, Rasulullah SAW memaafkannya, walaupun Umar bin Al-Khatab menyatakan supaya diserahkan kepadanya untuk dipenggal kepala tersebut.

Selain itu juga, Abu Sufian selaku ketua kaum Quraisy ketika pembukaan kota Makkah yang terus menyatakan keislamannya sewaktu beliau sempat bertemu dengan angkatan Rasullullah SAW diluar kota Makkah sambil menyatakan juga kepada Rasulullah SAW dengan katanya: "Alangkah penyantunnya engkau, dan alangkah baiknya hatimu, sesungguhnya engkau tidak mahu memutuskan Silaturrahim.”


Sesungguhnya jika kita mengambil contoh, menghayati dan mengamalkan prinsip yang digariskan oleh baginda, sudah tentulah perpaduan tidak akan menjadi perpecahan; kasih sayang dan hormat-menghormati tidak terhakis dalam masyarakat. Ideologi lain tidak akan diagungkan selain apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Sabdanya: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang tidak akan menyesatkan kamu selagi mana kamu berpegang kepada kedua-duanya, nyata Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah nabinya (Al-Hadis)". (Riwayat Imam Malik)


KEPUTERAAN RASULULLAH
Nabi Muhammad SAW dilahirkan di penempatan Bani Hasyim di Makkah pada pagi 12 Rabiulawal tahun pertama Peristiwa Gajah dan 40 tahun pemerintahan kerajaan Kisra (Ceasar) Anosyarwan.

Terdapat beberapa perkara luarbiasa ketika kelahiran baginda. 14 lengkungan gerbang istana Kisra telah runtuh, api yang disembah oleh orang-orang Majusi terpadam, dan gereja-gereja disekitar Bahirah Sawah mendap kedalam bumi dan gugur seperti diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi.

Setelah melahirkan baginda, Aminah menghantar berita gembira ini kepada Abdul Muttalib. Dengan penuh kegembiraan dan rasa bersyukur telah masuk berdoa di Kaabah. Dia memilih nama Muhammad untuk cucunya, nama yang tidak pernah dikenali atau digunakan dikalangan orang Arab.



SEORANG ANAK YATIM
Bapanya, Abdullah Bin Abdul Muttalib, sudah meninggal dunia beberapa bulan sebelum dia dilahirkan. Setelah dia mencapai usia enam tahun, dia dibawa ibunya, Aminah Binti Wahab, ke Madinah untuk mengunjungi keluarganya Bani Najjar, iaitu emak saudara dari sebelah bapanya, dengan maksud mengunjungi rumah tempat bapanya meninggal dunia sebelum ia lahir dan juga menziarahi kubur bapanya itu.

Ketika dalam perjalanan kembali ke Makkah, ibunya jatuh sakit lalu meninggal dunia dan dikuburkan di suatu tempat yang bernama Abwa. Ummu Aiman, pembantunya, membawanya pulang ke Makkah. Dia diserah kepada datuknya, Abdul Muttalib, penghulu bangsa Quraisy. Tetapi dua tahun kemudian, datuknya yang tercinta ini pun meninggal dunia.

Dia pula diserahkan kepada bapa saudaranya, Abu Talib. Bersama bapa saudaranya dia membesar sehinnga dia berkahwin dengan Khadijah pada usianya 25 tahun.

Firman Allah terhadap Muhammad SAW: "Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu." (Ad-Dhuha:6)


KEBERKATAN RASULULLAH SAW KETIKA BAYI
Semasa baginda dilahirkan ibunya, Aminah, tidak merasa kesakitan seperti dirasai oleh ibu-ibu lain yang bersalin. Pada zaman itu adalah jadi kebiasaan untuk memberi orang lain menyusukan anak. Orang yang pertama manyusukan baginda selepas ibunya ialah Thuwaibah hamba kepada Abu Lahab. Kemudian Abdul Muttalib telah meminta Halimah Binti Abu Dhu’aib untuk menjadi ibu susuan baginda. Halimah juga telah menyusukan Hamzah Bin Abdul Muttalib, bapa saudara Rasulullah SAW.

Halimah merasa kagum melihat keberkatan Rasulullah SAW semasa menyusu baginda. Menurut Halimah, dia dan suaminya telah keluar dari kampungnya bersama-sama beberapa orang wanita dari Bani Sa’ad bertujuan untuk mencari bayi-bayi yang hendak disusui.

Pada masa itu musim kemarau dan mereka tidak mempunyai bekalan. Halimah menunggang seekor keldai dan turut dibawa bersama seekor unta tua yang tiada mempunyai susu. Pada waktu malam mereka tidak dapat tidur kerana anak susuan yang mereka bawa bersama menangis kelaparan disebabkan Halimah mempunyai susu yang sedikit. Keldai yang ditunggang bergerak terlalu perlahan dan sentiasa ketinggalan dan menyusahkan rombongan.

Apabila mereka sampai di Makkah wanita-wanita lain sudah sampai terlebih awal. Semua wanita dalam rombongan itu ditawarkan untuk menyusui Rasulullah SAW tapi mereka enggan memandangkan baginda adalah anak yatim dan dianggap tidak akan dapat pulangan yang lumayan. Kerana tiada pilihan lain Halimah mengambil Rasulullah SAW.

Apabila bayi ini disusui Halimah dapati susunya telah menjadi banyak dan memuaskan bayi ini dan anak susuannya. Unta tua milik mereka juga tiba-tiba mempunyai susu yang banyak hingga Halimah dan suami dapat minum sepuasnya. Keldai mereka menjadi kuat dan mereka bergerak dengan pantas sehingga teman-teman rombongan ketinggalan tidak dapat mengejar.

Kambing-kambing Halimah di kampung sentiasa sihat dan mempunyai banyak susu sedangkan kambing-kambing orang lain kurus dan tidak mempunyai banyak susu.

Suami Halimah berkata “Ketahuilah wahai Halimah sesungguhnya kamu telah mengambil seorang manusia yang diberkati”.


KEMBALI KE RAHMATULLAH
Sekalung doa bagi ahli-ahli kariah yang telah kembali ke Rahmatullah. Salam takziah kepada keluarga yang ada. Al-Fatihah.
1 – Dato’ Hj Amir Nordin Bin Abdul Aziz
2 – Dato’ Abdullah Bin Abdul Majid


MUKJIZAT RASULULLAH SAW
Dari Anas bin Malik katanya: Orang-orang Makkah meminta Rasulullah SAW untuk menunjukkan sebuah mukjizat. Maka Beliau menunjukkan bulan yang terbelah menjadi dua bahagian, sehingga gunung Hira' itu dapat mereka lihat diantara dua belahannya.
(Bukhari)

Dari Anas RA katanya: Dibawakan kepada Rasulullah SAW sebuah bejana (bekas) waktu itu baginda di Zaura’. Lalu baginda letakkan tangan baginda di dalam bejana itu. Maka keluarlah air daripada anak-anak jari baginda. Lalu orang ramai pun berwudhuk. Qatadah pun berkata: Saya berkata kepada Anas: Berapa ramaikah kamu ketika itu? Jawab Anas: Tiga ratus atau lebih kurang tiga ratus. (Bukhari)

Dari Abdul Rahman bin Abu Bakar katanya: Kami dengan sejumlah seratus tiga puluh orang sedang bersama Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bertanya: Adakah salah seorang di antara kamu mempunyai makanan? Didapati ada seorang yang mempunyai kira-kira satu gantang gandum atau seumpamanya, lalu diadunkannya. Kemudian datang seorang lelaki tinggi dan kusut rambutnya membawa kambing-kambing untuk dijual. Rasulullah SAW bertanya: Adakah ianya untuk dijual atau dihadiahkan? Lelaki itu menjawab: Tidak! Bahkan ianya untuk dijual! Maka dibeli daripadanya seekor kambing.

Setelah disembelih, Rasulullah SAW memerintahkan supaya diambil hatinya untuk dipanggang. Dia (Abdul Rahman bin Abu Bakar) berkata: Demi Allah! Setiap seratus tiga puluh orang itu, kesemuanya mendapat sepotong hati kambing daripada Rasulullah SAW. Jika orang itu ada bersama, maka Rasulullah SAW memberikannya. Jika sebaliknya, Rasulullah SAW menyimpan untuknya. Makanan itu dibagikan kepada dua talam. Kami makan dari kedua talam itu sehingga kenyang. Lebihan yang terdapat pada kedua talam tersebut dibawa ke atas unta atau mungkin juga riwayatnya begitu. (Bukhari, Muslim)


SELAWAT
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat
berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang
yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi
dan ucapkanlah salam penghormatan
kepadanya”. (Al-Ahzab:56)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barang siapa yang berselawat ke atas ku
dengan sekali selawat nescaya Allah akan
berselawat ke atas nya sepuluh kali”. (Muslim)


CERAMAH PERDANA 28 Januari 2010
Ustaz Zul Ramli Bin Mohamad Razali (Perunding Motivasi
/ Pengkuliah Slot Nur Pagi Radio IKIM.fm)
Tajuk: "Indahnya Hidup Berlandaskan Islam"






SELAWAT NABI
اللهم صلي على سيدنا محمد
Ya Allah berikanlah penghormatan dan kemuliaan kepada jungjungan kami Muhammad


Masjid Tun Abdul Aziz, Jalan Semangat, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Telefon: (03) 7958 5868 Faks: (03) 7957 9111 Emel: masjidbulat@gmail.com

Ceramah Perdana Maulidur Rasul


Penceramah: Ustaz Zamihan Bin Hj Mat Zin Al-Ghari
Penolong Pengarah ILIM

Tajuk: "Rasulullah Contoh Ikutan Sepanjang Zaman"


25 Februari 2010 Selepas Solat Maghrib (Khamis malam Jumaat)


Jadual Bertugas Imam & Bilal Februari 2010

HARI / WAKTU
SUBUH
ZOHOR
ASAR
MAGHRIB
ISYA’
ISNIN
Imam:
Hj Abd Aziz b. Hj Hassan

Bilal:
Mohamad Nasrudin b. Abd Rasak
Imam:
Hj Md Salleh b. Mastor

Bilal:
Abd Rashid b. Nordin
Imam:
Hj Md Salleh b. Mastor

Bilal:
Hj Baharudin b. Hj Omar
Imam:
Hj Hussain b. Abdullah

Bilal:
Mat Syaharuddin Al-Rashid b. Mat Isa
Imam:
Hj Hussain b. Abdullah

Bilal:
Mat Syaharuddin Al-Rashid b. Mat Isa
SELASA
Imam:
Hj Abd Aziz b. Hj Hassan

Bilal:
Mohamad Nasrudin b. Abd Rasak
Imam:
Hj Hussain b. Abdullah

Bilal:
Abd Razak b. Leman
Imam:
Hj Che Din b. Hj Awang            

Bilal:
Hj Baharudin b. Hj Omar
Imam:
Hj Mohd Yusuf b. Nasirudin Al-Hafiz

Bilal:
Hj Abd Wahab b. Abbas
Imam:
Hj Mohd Yusuf b. Nasirudin Al-Hafiz

Bilal:
Hj Abd Wahab b. Abbas
RABU
Imam:
Hj Abd Aziz b. Hj Hassan

Bilal:
Hj Baharudin b. Hj Omar
Imam:
Hj Hussain b. Abdullah

Bilal:
Abd Razak b. Leman
Imam:
Hj Sujak b. Yusof                       

Bilal:
Hj Baharudin b. Hj Omar
Imam:
Hj Sujak b. Yusof


Bilal:
Hj Baharudin b. Hj Omar
Imam:
Hj Sujak b. Yusof


Bilal:
Hj Baharudin b. Hj Omar
KHAMIS
Imam:
Hj Abd Aziz b. Hj Hassan


Bilal:
Hj Baharudin b. Hj Omar
Imam:
Hj Sujak b. Yusof



Bilal:
Mohamad Nasrudin b. Abd Rasak
Imam:
Hj Sujak b. Yusof



Bilal:
Mohamad Nasrudin b. Abd Rasak
Imam:
Hj Mohd Yusuf b. Nasirudin Al-Hafiz / BERGILIR


Bilal:
Mat Syaharuddin Al-Rashid b. Mat Isa
Imam:
Hj Mohd Yusuf b. Nasirudin Al-Hafiz / BERGILIR


Imam:
Mat Syaharuddin Al-Rashid b. Mat Isa
JUMAAT
Imam:
Hj Mohd Yusuf b. Nasirudin Al-Hafiz / Hj Abd Aziz b. hj Hassan

Bilal:
Mohamad Nasrudin b. Abd Rasak
Imam:  Bergilir



Bilal: Bergilir
Imam:
Hj Sujak b. Yusof



Bilal:
Mohamad Nasrudin b. Abd Rasak
Imam:
Hj Sujak b. Yusof



Bilal:
Hj Abd Wahab b. Abbas
Imam:
Hj Sujak b. Yusof



Bilal:
Hj Abd Wahab b. Abbas
SABTU
Imam:
Hj Mohd Yusuf b. Nasirudin Al-Hafiz

Bilal:
Mohamad Nasrudin b. Abd Rasak
Imam:
Hj Abdullah b. Hj Ab Rahman

Bilal:
Hj Che Din b. Hj Awang
Imam:
Hj Abdullah b. Hj Ab Rahman

Imam:
Hj Che Din b. Hj Awang
Imam:
Hj Abdullah b. Hj Ab Rahman

Imam:
Hj Che Din b. Hj Awang
Imam:
Hj Abdullah b. Hj Ab Rahman

Imam:
Hj Che Din b. Hj Awang
AHAD
Imam:
Hj Abd Aziz b. hj Hassan

Bilal:
Mohamad Nasrudin b. Abd Rasak
Imam:
Hj Che Din b. Hj Awang

Bilal:
Mohamad Nasrudin b. Abd Rasak
Imam:
Hj Che Din b. Hj Awang

Bilal:
Mohamad Nasrudin b. Abd Rasak
Imam:
Hj Sujak b. Yusof


Imam:
Hj Che Din b. Hj Awang
Imam:
Hj Sujak b. Yusof


Imam:
Hj Che Din b. Hj Awang

* Subuh pagi jumaat :
Minggu 1 & 4 : Hj Mohd Yusuf b. Mohamed Nasirudin Al – Hafiz  
Minggu 2 & 3 : Hj Abd Aziz b. Hj Hassan

* Khamis malam jumaat : 
Minggu  1 : Hj Mohd Yusuf b. Mohamed Nasirudin Al – Hafiz 

Minggu  2 : Hj Sujak b. Yusof
Minggu  3 : Hj Md Salleh b. MastorMinggu  4 : Hj Hussain b. Abdulllah


* Imam Bergilir :
Hj Mohd Yusuf b. Mohamed Nasirudin Al – Hafiz                Pengurus Hal Ehwal Islam /  Ketua Imam

Hj Sujak b. Yusof                                                                 Imam I

Hj Md Salleh b. Mastor                                                        Imam II

Hj Hussain b. Abdulllah                                                        Imam III

Hj Abd Aziz b. Hj Hassan                                                    Imam Kontrak
Hj Abdullah b. Hj Ab Rahman                                              Imam Sambilan
      Hj Che Din b. Awang                                                           Bilal I
      Hj Baharuddin b. Hj Omar                                                   Bilal II
      Mohamad Nasrudin b. Abd Rasak                                                   Bilal Kontrak
      Mat Syaharuddin Al-Rashid b. Mat Isa                                                   Bilal Kontrak
      Abd Rashid b. Nordin                                                   Bilal Kontrak
      Abd Rasak b. Leman                                                   Bilal Kontrak
      Hj Abd Wahab b. Abbas                                                   Bilal Kontrak


WAKTU
KULIAH SUBUH
KULIAH MAGHRIB
KULIAH JUMAAT
TARIKH
HARI
PENCERAMAH
TAJUK
PENCERAMAH
TAJUK
PENCERAMAH
1
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR




KHATIB JUMAAT
5/2/2010
UST MOHD FARID  B. HASHIM
MASJID TUN ABD AZIZ
2
SELASA




3
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
4
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
     BACAAN YASIN & TAHLIL

5
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
6
SABTU
HJ MOHD YUSUF B. MOHAMED NASIRUDIN AL-HAFIZ
TAHSIN QIRAAH & TAFSIR AYAT – AYAT HUKUM
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
7
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH



KHATIB JUMAAT
12/2/2010
UST HJ SUJAK B. YUSOF
MASJID TUN ABD AZIZ

8
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR


9
SELASA
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR


10
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
11
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
BACAAN YASSIN & TAHLIL

12
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN

PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
13
SABTU
HJ MOHD YUSUF B. MOHAMED NASIRUDIN AL-HAFIZ
TAHSIN QIRAAH & TAFSIR AYAT – AYAT HUKUM
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
14
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH



KHATIB JUMAAT
19/2/2010
UST HJ HUSSIN B. ABDULLAH
MASJID TUN ABD AZIZ
15
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR


16
SELASA




17
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
18
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN

BACAAN YASSIN & TAHLIL

19
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN

PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
20
SABTU
HJ MOHD YUSUF B. MOHAMED NASIRUDIN AL-HAFIZ
TAHSIN QIRAAH & TAFSIR AYAT – AYAT HUKUM
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
21
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH




KHATIB JUMAAT
26/2/2010
DATO’ PROF DR ZULKIFLI B. YUSOF
MASJID TUN ABD AZIZ


22
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR


23
SELASA




24
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN

PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
25
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN

     BACAAN YASIN & TAHLIL

26
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN

PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
27
SABTU
HJ MOHD YUSUF B. MOHAMED NASIRUDIN AL-HAFIZ
TAHSIN QIRAAH & TAFSIR AYAT – AYAT HUKUM
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
28
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH