Tarikh Penting Tahun 2010

12 Rabiulawal 1431  Maulidur Rasul 26-2-2010
27 Rejab 1431  Israk dan Mikraj 10-7-2010
*1 Ramadhan 1431 Awal Ramadhan 11-8-2010
17 Ramadhan 1431 Nuzul Al-Quran 27-8-2010
*1 Syawal 1431 Hari Raya Puasa 10-9-2010 
1 Zulhijjah 1431 Awal Zulhijjah 8-11-2010
*10 Zulhijjah 1431 Hari Raya Korban 17-11-2010 
1 Muharam 1432  Awal Muharam/Maal Hijrah 7-12-2010
          
* Tertakluk kepada perubahan      

Muharam 1431

Waktu Solat 1 Muharam 1431 Subuh 5:51pg – Syuruk 7:13pg - Zuhur 1:13tgh - Asar 4:35ptg - Maghrib 7:09mlm - Isyak 8:24mlm

SEKAPUR SIREH
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1431. Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Maal Hijrah khususnya buat ahli kariah Masjid Tun Abdul Aziz. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW sebagai panduan kehidupan kita.

Aidil Adha telah berlalu dan kita sama-sama meraikannya dengan penuh keriangan bersama keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, dan juga ahli kariah. Dengan limpah rahmat dan izin dari Allah SWT kita telah dapat melaksanakan majlis korban. Jumlah korban yang dirancang adalah sebanyak 20 ekor lembu. Atas permintaan ahli-ahli kariah yang berhasrat melaksanakan korban dipersekitaran masjid, jumlahnya telah meningkat kepada 28 ekor. Agihan bukan hanya dapat disalurkan kepada mereka yang berhak di kawasan persekitaran, malah diagih ke rumah-rumah anak yatim sejauh Puchong dan Sabak Bernam. Hasrat mereka yang ingin membantu umat Islam di luar negara juga tercapai dengan perlaksanaan korban di Kemboja melalui usaha pihak masjid.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis korban terutamanya ahli-ahli kariah, petugas-petugas, warga kerja masjid dan ahli-ahli jawatankuasa yang telah menyumbang masa dan tenaga yang banyak. Kepada mereka yang telah menyumbang dengan perbagai bentuk pemberian hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas usaha yang diberikan.

Dalam menjayakan majlis korban sudah pasti terdapat perkara-perkara yang perlu dipertingkatkan tahap pencapaiannya. Saya amat mengalu-alukan maklumbalas untuk memperbaiki tatacara pengendalian majlis korban dimasa akan datang.

Untuk kebaikan dan keselesaan pengguna masjid, pengubahsuaian akan dilaksanakan. Kerja-kerja yang terlibat akan dilakukan secara berperingkat supaya gangguan dapat dikurangkan. Kesabaran ahli kariah sangatlah diharapkan.

Kepada semua jemaah haji kariah Masjid Tun Abdul Aziz diucapkan selamat kembali dan dikurniakan haji yang mabrur.

Nazir
(Dato’ Profesor Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff)






Sambutan Maal Hijrah 1431 diadakan pada 17 Disember 2009 6:00ptg

Ceramah Maal Hijrah 1431 oleh Ybhg Ustaz Ghazali Bin Omar Al-Hafiz (Penceramah Radio Selangor FM) pada 21 Disember 2009 7:30mlm

Kem Survival Remaja Islam anjuran Biro Belia Masjid Tun Abdul Aziz dan Persatuan Pelajar Muslim Petaling Jaya 18-20 Disember 2009

Kursus Pengendalian Jenazah pada 16 Januari 2010 8.00pg - 1.00tgh

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan
ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharam. Manakala sembahyang sunat yang
afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam” (Muslim)  





HIJRAH
Hijrah bermakna perubahan yang membina masa depan cemerlang dan mewujudkan ummah bertaqwa. Hijrah untuk kebaikan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara pada dasarnya selari dengan keperluan fitrah kejadian manusia.

Bagaimanapun, perubahan itu tidak berlaku dengan sekelip mata atau secara kebetulan, tetapi memerlukan perancangan strategik.

Kelebihan besar perancangan strategik ialah sesuatu organisasi itu dapat memberi keyakinan tinggi dan meletakkan matlamat jelas kepada pekerja atau tenaga penggerak terhadap sesuatu program dilaksanakan.

Konsep hijrah dalam era globalisasi membantu kita umat Islam untuk mencipta kejayaan dan mengikut jejak seperti apa yang telah dan pernah ditunjukkan Nabi Muhammad SAW. Kejayaan menubuhkan sebuah negara Islam yang pertama di Madinah maka tersebarnya syiar Islam secara meluas. Selain kejayaan menyatukan pelbagai kaum yang hidup penuh harmoni dan bahagia di bawah payung pemerintahan dan ajaran Islam adalah sejarah kejayaan hijrah yang perlu dimiliki dan dipelopori oleh generasi umat Islam hari ini. Apa pun yang membezakan mengenai kehidupan umat Islam hari ini dengan umat Islam terdahulu, konsep dan pengajaran hijrah pasti berjaya memantap dan mengekalkan pegangan umat Islam terhadap ajaran Islam itu sendiri sebagai agama yang suci, benar lagi diredhai Allah SWT.
 
Ketua Imam
(Hj Mohd Yusuf Bin Mohamed Nasirudin Al-Hafiz)


KAEDAH DAKWAH RASULULLAH
Kita adalah sangat beruntung kerana dengan usaha gigih dan perjuangan Rasulullah, kita dapat menikmati Islam, yang dapat menyelamatkankan kita dari api neraka dan seksaan kekal Allah SWT. Untuk itu sayugialah kita mengkaji perjuangan dakwah Rasulullah untuk kita mengambil iktibar dan cuba mengikuti formula yang ditinggalkan Baginda untuk keselamatan diri, keluarga dan umat kita. Dari ketika Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul oleh Allah SWT, Baginda berada di Mekah selama tiga belas tahun sebelum berhijrah ke Madinah. Pada masa ini, kaedah atau uslub dakwah Baginda berteraskan kepada empat asas:

Asas 1 – Seruan Kepada Keesaan Allah SWT
“Katakanlah Dialah Tuhan Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada Nya segala sesuatu, dia tiada beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia.” (Al-Ikhlas:1-4) Manusia di seru untuk meneliti, mengkaji dan menyelidik melalui penggunaan akal terhadap sekelilingnya dan terhadap penciptaan makhluk untuk mendapat bukti keagungan Allah Taala (Ar-Rum:22). Seruan ini membebaskan kaum Quraish ketika itu dari sikap jumud dan ikatan asabiah kekabilahan (As-Saff:69-71).

Asas 2 – Balasan Di Akhirat
Kepercayaan dan keyakinan kepada hari kebangkitan dan pengadilan Allah SWT bahawa manusia akan dibalas sama ada syurga atau neraka berasaskan apa yang disumbangkan di dalam penghidupan dunia.”Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan dapat melihat (balasan)nya.” (Al-Zalzilah:7-8) Allah memperjelaskan dengan nyata tanggungjawab setiap individu kepada kelakuanya (Al-An’aam:164, Abasa:34,42)

Asas 3 – Taqwa
Taqwa sebagai nilai akhlak untuk keredaan Allah SWT menjadi pengganti sifat asabiah atau sifat taksub berpuak-puak kepada kabilah masing-masing. Taqwa sebagai nilai baru yang universal dan meliputi semua bangsa diguna untuk pembinaan masyarakat. “..Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah yang paling bertaqwa di antara kamu.” (Al-Hujuraat:13) Taqwa bererti takut kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, melakukan apa saja yang disuruh Nya dan meninggalkan apa yang Allah SWT larang. Jadi dengan ini, Islam tidak melihat kepada asal keturunan, bangsa atau kekayaan seseorang, tetapi melihat kepada nilai akhlak yang menguasai diri.

Asas 4 – Satu Risalah, Satu Sumber
Mempertegaskan tentang kesatuan risalah, kerana semuanya diperolehi dari Allah SWT. Ini menghapuskan kepelbagian anutan agama yang menguasai masyarakat Arab jahiliah waktu itu. “Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa da Isa iaitu; tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecahbelah tentangnya.” (Asy-Syuura:13) Prinsip satu sumber ini berkekalan dalam dakwah Rasulullah SAW kemudian hari seperti dijelaskan apabila turun ayat di Madinah “Katakanlah, wahai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah..” (Ali Imran:64)
 

Disunting oleh AHSABAK
 

MAJLIS KORBAN ~ 28 Nov 2009



 

TAKWIM HIJRIAH
Orang yang mula-mula menetapkan permulaan tarikh dalam Islam ialah Saidina Umar Al-Khattab dalam masa beliau memegang jawatan sebagai khalifah pada tahun 17 hijrah.

Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada beliau. Ada yang mencadangkan tarikh permulaan takwim hijriah diambil pada kelahiran Rasulullah, ada pula mencadangkan kebangkitannya menjadi Rasul, dan ada pula yang mencadangkan tahun kewafatan baginda.Tetapi semua cadangan itu tidak dipersetujui oleh Saidina Umar.

Memandangkan Hijrah adalah peristiwa yang terpenting di antara peristiwa-peristiwa lain sebagaimana katanya “Kita membuat tarikh dengan hijrah Rasulullah SAW kerana hijrahnya itu adalah merupakan perbezaan antara yang benar dengan yang bathil.”

Cadangan inilah disokong oleh Saidina Ali.


HARI ASYURA
Hari yang ke-10 dibulan Muharam dikenali sebagai Hari Asyura. Rasulullah SAW telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari tersebut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharam itu sendiri. Ia juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama.

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub telah catatkan antara peristiwa-peristiwa yang berikut:
• Dicipta Adam AS.
• Selamat Nabi Ibrahim AS daripada api Namrud.
• Selamatnya Nabi Musa AS dan pengikutnya.
• Diangkat Nabi Isa AS ke langit.
•Mendaratnya kapal Nabi Nuh AS dengan selamat di atas bukit.
• Nabi Sulaiman AS diberi kerajaan yang besar.
•Dikeluarkan Nabi Yunus AS dari perut ikan.


KELAS PEMANTAPAN AL-QURAN
Kelas ini diadakan 3 kali seminggu pada musim cuti sekolah. Ketua Imam Masjid Tun Abdul Aziz mengajar iqra’, tajwid dan juga Bahasa Arab bagi Darjah 1-6. Untuk Tgkt.1-5 diadakan kelas tahfiz dan qiraat.
Ia membuka peluang untuk menghayati Al-Quran.


DOA AKHIR TAHUN
(Dibaca selepas solat Asar hari terakhir bulan Zulhijah)
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada redhai dan Engkau memang tiada lupakannya, dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami memcebur diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan Mu. Ya Allah ampunilah kami.

Dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya, maka kami pohon diperkenankan akan perbuatan yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.


DOA AWAL TAHUN
(Dibaca selepas solat Maghrib hari pertama bulan Muharam)
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sediaada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah. Kami mohon juga kepada Mu ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingi diri kami kepada Mu.

Ya Allah Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.


KURSUS PENGENDALIAN JENAZAH
Pelbagai panduan dan pengetahuan disampaikan melalui kursus ini untuk manfaat masyarakat umum. Justeru itu, dijemput setiap keluarga menghantar seorang wakil luangkan sedikit masa. Manfaatkan keluarga anda. Dijadualkan pada hari Sabtu 16 Januari 2010 dari 8:00pg hingga 1:00tgh di ruang legar masjid.


KEM SURVIVAL REMAJA ISLAM
Program ini anjuran Biro Belia Masjid Tun Abdul Aziz & Persatuan Pelajar Muslim Petaling Jaya akan diadakan pada 18 hingga 20 Disember 2009 di Kem Belia & Rekreasi Bkt Lagong, Selayang.

Kehidupan di tengah bandaraya menjanjikan seribu satu kesenangan dan kesusahan. Cabaran anak remaja masa kini semakin hari semakin meningkat, lebih lagi dengan kehidupan di era globalisasi. Pelbagai unsur positif dan negatif boleh menambat hati anak remaja yang masih tercari-cari identiti mereka sendiri. Mereka harus dibimbing dan dilindungi.

Libatkanlah anak remaja anda dengan hanya yuran minima.
« Memperkasa Survival Generasi Muda » 


  



PERIHAL IKTIKAF
Iktikaf bermaksud bertafakur dalam masjid dengan
harapan mendapat keredhaan Allah SWT.

Rukun-rukun iktikaf
•Niat (Al-Bayyinah:5)
•Berada di masjid (Al-Baqarah:187)

Apabila beriktikaf eloklah diisikan masa dengan membaca
Quran, berzikir, bertahmid, berselawat, berdoa, bersolat
dan apa jua ibadat lain. Elakkan diri dari berniaga dan
berbicara duniawi di dalam masjid.



Niat Iktikaf
نوويت الاعتكاف في هذا المسجد سنة لله تعالى
Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala.

Masjid Tun Abdul Aziz, Jalan Semangat, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Telefon: (03) 7958 5868 Faks: (03) 7957 9111 Emel: masjidbulat@gmail.com

Kelas Pemantapan Al-Quran



 

 

 

 

 

Jadual Kuliah Disember 2009

WAKTU
KULIAH SUBUH
KULIAH MAGHRIB
KULIAH JUMAAT
TARIKH
HARI
PENCERAMAH
TAJUK
PENCERAMAH
TAJUK
PENCERAMAH
1
SELASA
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR




KHATIB JUMAAT
4/12/2009
UST HJ MOHD YUSUF B. MOHAMED NASIRUDIN AL-HAFIZ
MASJID TUN ABD AZIZ
2
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
3
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
BACAAN YASIN & TAHLIL

4
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
 PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
5
SABTU
UST SHAHRULLAH B. SAIDON
AYAT-AYAT
ياأيهاالذين ءامنوا
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
6
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH
7
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR





KHATIB JUMAAT
11/12/2009
UST GHAZALI B. OMAR AL-HAFIZ
PENCERAMAH JEMPUTAN RADIO SELANGOR FM
8
SELASA
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR


9
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
10
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
BACAAN YASSIN & TAHLIL

11
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
12

SABTU
UST SHAHRULLAH B. SAIDON

AYAT-AYAT
ياأيهاالذين ءامنوا
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH



9.00 PAGI
YBHG DATO’ ISMAIL B. KAMUS
KLINIK SOLAT


13
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH
14
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR





KHATIB JUMAAT
18/12/2009
UST HJ MD SALLEH B. MASTOR
MASJID TUN ABD AZIZ
15
SELASA
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR


16
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
17
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
BACAAN YASSIN & TAHLIL

18
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN

PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
19
SABTU
UST SHAHRULLAH B. SAIDON
AYAT-AYAT
 ياأيهاالذين ءامنوا
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
20
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH
21
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
 UST GHAZALI B. OMAR AL-HAFIZ
CERAMAH MAAL HIJRAH


KHATIB JUMAAT
25/12/2009
UST ZAMBRI B. ZAINULDIN
PENGACARA MARI MENGAJI TV9

22
SELASA
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR


23
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
24
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN

BACAAN YASSIN & TAHLIL

25
JUMAAT
UST ABD AZIZ B. HASSAN

PROF MADYA DR. HAYEI B. HJ ABD SHUKUR
HADIS BUKHARI
26
SABTU
UST SHAHRULLAH B. SAIDON
AYAT-AYAT
ياأيهاالذين ءامنوا
HJ ABDULLAH B. ABD RAHMAN
FEQAH
27
AHAD
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
UST ABD AZIZ B. IBRAHIM
JALAN MENUJU REDHA ALLAH
28
ISNIN
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR



29
SELASA
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR


30
RABU
UST ABD AZIZ B. HASSAN
TAFSIR
PROF MADYA DATO’ DR MOHD MOKHTAR B. SHAFIE
IHYA’ ULUMUDDIN
31
KHAMIS
UST ABD AZIZ B. HASSAN