Senarai Jawatankuasa

Pegawai Masjid
Nazir: Dato' Profesor Dr Zulkifli Bin Mohd Yusof
Ketua Imam: Mohd Yusuf Bin Mohamed Nasirudin
Imam I: Hj Sujak Bin Yusof
Imam II: Hj Md Salleh Bin Hj Mastor
Imam III: Hj Hussain Bin Abdullah
Bilal I: Hj Che Din Bin Awang
Bilal II: Hj Baharuddin Bin Hj Omar
Siak I: Abdul Wahab Bin Hj Abdul Samad
Siak II: Abdul Rashid Bin Nordin

Jawatankuasa Eksekutif
Exco KAFA & Pembangunan: Prof. Madya Syed Mohd Ghazali Wafa
Exco Kepejabatan & Inovasi: Ira Irawan Bin Muhamad
Exco Pengurusan Yayasan & Harta-harta Masjid: Prof. Dr Rokiad Talib
Exco Kewangan/Akaun: Dr Halimah Binti Awang
Exco Pendanaan: Mohamad Ziad Bin Dato' Modamed Zainal Abidin
Exco Wanita: Datin Norfiah Binti Abd Shukor
Exco Perhubungan Luar: Abdul Jamil Bin Mohd Hassan
Exco Prasarana: Hj Abdul Wahab Bin Haron
Exco Belia & Remaja: Mohd Saifullah Bin Zulkifli
Exco Tugas-tugas Khas: Dr Tajuddin Jali
Exco Dakwah & Islah: Hj Khanafiah Bin Hamidon
Pembantu Exco KAFA: Zulkifli Bin Hashim
Pembantu Exco Kewangan: Ros Shamsiah Binti Muda
Pembantu Exco Kepejabatan: Hj Amir Hamzah Bin Sulaiman
Pembantu Exco Wanita: Hjh Adlina Bt Dato' Hj Abdul Wahab
Pemeriksa Kira-kira I: Yacob Bin Mat Yim
Pemeriksa Kira-kira II: Mohamad Bin Hamim
Pegawai Tadbir: Abdul Rashid Bin Abdullah
Yayasan Semesta: Mohd Hasbie Bin Muda
Dipersilakan beri pandangan dan cadangan untuk memperbaiki masjid kita dengan mencatat ulasan di bawah. Semua catatan akan diberi pertimbangan selanutnya.
Ramadhan 1430 / Ogos 2009

SEKAPUR SIREH
**********************
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada ahli qariah Masjid Tun Abdul Aziz. Saya selaku nazir dengan barisan AJK telah dilantik berkuatkuasa 1hb Jun 2009 dan memulakan tugas pada 1hb Julai 2009. Saya memohon doa kepada Allah swt dan restu dari semua ahli qariah semoga kami dapat melaksanakan usaha kami dengan jayanya. Sesungguhnya kejayaan itu tidak mungkin tercapai tanpa sokongan dan penglibatan ahli qariah.
Ini adalah julungkalinya kami mengeluarkan Nukilan Masjid Bulat, sebuah newsletter untuk kita berkongsi bersama. Isu-isu yang akan dipaparkan adalah perkembangan masjid, aktiviti-aktiviti, sumber ilmu untuk di manafaati, dan idea-idea yang dikemukakan oleh ahli qariah.
Jika ada sebarang cadangan atau kemusykilan bolehlah disampaikan melalui emel masjidbulat@gmail.com atau juga melalui kotak cadangan yang telah disediakan di masjid.
Saya dan rakan-rakan dalam pentadbiran mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa. Semoga segala amalan kita di diredhai Allah swt. Wassalam.

Nazir
(Dato’ Profesor Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff)

**********************
Waktu Solat: Subuh 5:55pg – Syuruk 7:07pg - Zuhur 1:13tgh - Asar 4:44ptg - Maghrib 7:33mlm - Isyak 8:44mlm
**********************

VISI
**********************
Menerima amanah dan bekerja untuk Allah, kerana Allah, dan mengharap keredhaan Allah.

MISI
**********************
1. Bekerja dengan tules dan ikhlas
2. Bersikap setiakawan (teamwork)
3. Berusaha mencapai cita-cita (result oriented)

**********************
Cadangan-cadangan yang telah diterima daripada ahli qariah pada Majlis Ramah Mesra serta daripada peti-peti cadangan sedang diambil perhatian dan tindakan.
**********************

MASJID
**********************
At-Taubah 18 - Hanyalah yang memakmurkan mesjid-mesjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Allah berfirman melalui hadis qudsi riwayat Abu Na'im dari Sa'id al-Khudri r.a: MaksudNya "Sesungguhnya rumahKu di bumi ialah masjid-masjid dan para pengunjungnya adalah orang-orang yang memakmurkannya"

PUASA
**********************
Puasa bulan ramadhan adalah wajib dilakukan oleh setiap orang Islam.

1. Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183-184 "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu agar kamu bertakwa, iaitu dalam beberapa hari yang tertentu." Firman Nya lagi dalam Surah Al-Baqarah juga ayat 185: "Sesiapa di antara kamu yang berada di bulan Ramadhan, maka hendaklah ia berpuasa."

2. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar: Ertinya: "Islam itu dibina di atas 5 rukun: mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa pada bulan Ramadhan."

TARAWIH
**********************
Tarawih ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih ini hanya dilakukan pada bulan ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”.

Niat Sembahyang Tarawih: "Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala"

ZAKAT FITRAH
**********************
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1-Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2-Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3-Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4-Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

NUZUL QURAN
**********************
Nuzul Al-Quran memberi maksud penurunan ayat-ayat Al-Quranulkarim sebagai wahyu Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril a.s dengan beberapa cara yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T

Manakala dalam tempoh masa penurunan nya pula, sebahagian Ulamak Mufasirin telah mengatakan ianya berturutan selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Makkah Al-Mukarramah dan 10 tahun di Madinatul Munauwarah.

"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Quran) ini pada malam al-qadar"
Al-Qadar ayat-1.

LAILATUL-QADAR
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3 yang bermaksud: "Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu bulan"

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar. Sabda Nabi s.a.w.yang bermaksud: "Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu"


AKTIVITI RAMADHAN & SYAWAL
 2 Ramadhan 1430H / 23 Ogos 2009M – Tazkirah (Tarawih malam itu 8 rakaat)
11 Ramadhan 1430H /  1 September 2009M – Tazkirah (Tarawih malam itu 8 rakaat)
21 Ramadhan 1430H / 11 September 2009M – Tazkirah (Tarawih malam itu 8 rakaat)
21 Ramadhan 1430H / 11 September 2009M – Permulaan Qiamullail
22 Ramadhan 1430H / 12 September 2009M – Remaja D’Ramadhan
26 Ramadhan 1430H / 16 September 2009M - Majlis Khatam Al-Quran
27 Ramadhan 1430H / 17 September 2009M - Majlis Qiamullail
22 Syawal 1430H / 11 Oktober 2009M – Majlis Rumah Terbuka Masjid
Nota: Tarawih setiap malam 20 rakaat kecuali pada 2, 11 dan 21 Ramadhan.


Niat puasa sebulan:
نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala

Niat puasa setiap malam:
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala

Doa Berbuka puasa:
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Masjid Tun Abdul Aziz, Jalan Semangat, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Telefon: (03) 7958 5868 Faks: (03) 7957 9111 Emel: masjidbulat@gmail.com

Cadangan Qariah

Dipersilakan beri pandangan dan cadangan untuk memperbaiki masjid kita dengan mencatat ulasan di bawah. Semua catatan akan diberi pertimbangan selanutnya.