Zulhijah 1431


WAKTU SOLAT
 Tarikh 
 Subuh 
 Syuruk 
 Zohor 
 Asar    Maghrib 
  Isyak 
1/11 5:40 6:58 13:00 16:20 18:58 20:09
5/11 5:40 6:58 13:00 16:20 18:58 20:09
10/11 5:40 6:59 13:00 16:21 18:58 20:10
15/11 5:40 7:00 13:01 16:22 18:58 20:10
20/11 5:41 7:01 13:02 16:24 18:59 20:12
25/11 5:42 7:03 13:03 16:25 19:00 20:13
30/11 5:43 7:05 13:05 16:27 19:01 20:15


LAWATAN ANAK-ANAK KAFA
Pada 16hb Oktober 2010 anak-anak dibawa ziarah Melaka dan Port Dickson. Kegembiraan jelas dapat dilihat di wajah mereka serta guru-guru. Geleri gambar boleh didapati di laman web http://masjidbulat.com









Solat sunat Aidil Adha adalah pada 8:30pg Rabu 17hb Nov 2010.

Penyembelihan korban adalah pada pagi Khamis 18hb Nov 2010. Para petugas-sukarelawan yang telah berdaftar diminta berkumpul mulai pukul 7:00pg; taklimat adalah pada jam 7:15 pg.

Harga sebahagian lembu korban adalah RM355.00 dan untuk satu ekor lembu RM2485.00 (7 bahagian).



SEKAPUR SIREH
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dalam pengurusan sesebuah organisasi, pengurusan masjid juga tidak terkecuali dari terlibat dengan banyak isu-isu yang perlu diurus, dipantau dan diperbaiki. Untuk terus memantapkan pengurusan masjid penyusunan semula tenaga kerja telah dibuat. Puan Siti Faridah Bt Zainuddin kini diberikan tanggungjawab memangku melaksanakan tanggungjawab sebagai Pegawai Tadbir. Manakala Ustaz Abdul Rashid Bin Abdullah mengetuai bahagian Dakwah dan Islah.

Perpindahan ini adalah bagi membolehkah pengalaman Ustaz Abdul Rashid dalam bidang Pengajian Islam ditumpukan kepada aktiviti Hal Ehwal Islam, sementara pengalaman Puan Siti dalam pentadbiran dapat ditumpukan kepada urusan pejabat masjid. Saya yakin kedua mereka mampu melaksanakan tugas dengan baik. Saya memohon agar seluruh ahli kariah dan warga kerja dapat memberi sokongan yang jitu kepada mereka berdua.

Syukur kepada Allah SWT kerana tidak lama lagi kita akan merayakan satu lagi hari kebesaran Islam iaitu Aidil Adha. Ia merupakan hari raya yang dikaitkan dengan ibadah haji dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS serta anak dan isteri baginda. Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji atau pulang ke kampung maka marilah kita berhimpun bersama di masjid ini untuk bertakbir, bertahmid dan menunaikan solat sunat Aidil Adha.

Seterusnya kita akan melaksanakan ibadah korban sepertimana yang diperintahkan Allah SWT. Daging korban tersebut akan diagihkan kepada mereka yang berhak ke atasnya. Tahun ini seperti lazimnya kita akan mengadakan korban di masjid. Marilah kita mengambil peluang ini untuk melaksanakan ibadah yang sangat dituntut oleh agama kita. Kepada semua yang akan terlibat dalam aktiviti korban saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Kepada semua ahli kariah Masjid Tun Abdul Aziz yang kini berada di Tanah Suci, sama-sama kita berdoa agar Allah SWT melimpahkan rahmat, dikurniakan kesihatan, dipermudahkan urusan dan dikurniakan haji yang mabrur kepada mereka.

Sebagai menutup bicara, saya dan ahli-ahli jawatankuasa serta warga kerja masjid ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Nazir
(Dato’ Profesor Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff)


KORBAN
Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha(10 Zulhijah) sehingga hari tasyrik (13 Zulhijah). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk satu orang atau seekor lembu untuk tujuh orang.

Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)." (Al-Kausar:1-3)

Berdasarkan kepada firman tersebut, jamhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya adalah lebih besar.



Dalam satu hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW bermaksud "Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini." (Ahmad dan Ibni Majah)

Dari hadis ini dapat dibuat kesimpulan, bahawa ibadah korban itu sangat penting sehingga hukumnya seolah-olah hampir kepada wajib, terutama kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka.





HIKMAH KORBAN
Jelaslah kepada kita bahawa ibadah korban itu disunatkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimim untuk memupuk semangat berkorban dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT untuk dirasai oleh golongan fakir miskin sekaligus memanifestasikan syiar Islam itu sendiri.

Antara hikmat dan nilai-nilai yang terkandung dalam ibadah korban antaranya ialah:

1. Melatih dan membentuk mentaliti kaum Muslimim supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain.

2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu; sesungguhnya solatku, hidupku, ibadahku, dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah SWT.

3. Menghidupkan sirah Nabi Ibrahim AS yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah SAW menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimin.

4. Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan kejasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah.

5. Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.

Sambutan Aidil Adha perlu dipenuhi dengan majlis kesyukuran dan doa selamat.

"Dan (ingatlah) tak kala Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab Ku amatlah keras." (Ibrahim:7)


SUDUT INGGERIS
Tips For SuperWoMen
Living in the fast lane, having to work and taking care of the family and home takes a great amount of energy, patience and perseverence for all; women and men alike. Here are some tips that would help reduce considerable time and energy. Energy being our pure brute force, and also the electricity that we consume. A point to remember is that energy spent will forever be gone. So conserve energy for our children and grandchildren.

What consumes considerable amount of energy is ironing, so lets start conserving with this. Iron only the area of clothing that is visible to others. When ironing shirts leave the area that wil be tucked inside the trousers unironed. For headscarves, iron only the outside area and not the hidden area that is folded inside. For baju kurung think about ironing only the sarong below the area left below the baju length.



A very good way to conserve energy is to buy clothes or headscarves that are iron-free. And for those who iron pyjamas, under-garments and home use clothes, consider stopping right now. Be kind to the coming generations.


Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman ‘Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?’ Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” (Tirmizi)



Penyusunan Semula Tenaga Kerja


Ustazah Siti Faridah - Pentadbiran


Ustaz Abdul Rashid - Hal Ehwal Islam


RUANG PENDAPAT
Adakah anda ada sesuatu yang ingin diluahkan mengenai masjid, isu-isu keagamaan di kawasan ini, atau cadangan-cadangan untuk meningkatkan ketakwaan kita bersama. Emelkannya kepada masjidbulat@gmail.com


Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya. (Al-Haj:37)



HAJI MABRUR
Didoakan Haji Mabrur bagi ahli-ahli jemaah kita yang telah berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini:

1. Tn Hj Khanafiah Hamidon dan isteri

2. En Kamarul Atar dan Fauziah Majid

3. En Mohidin Marzuki dan isteri

4. Puan Sri Hamidah dan anak perempuan

5. Cik Ngah Habibah, Abdul Razif Ibrahim dan Zaharah Bt Ibrahim

6. En Ira Irawan Muhamad dan Nasrah Bt Ismail

7. Hj Mohd Redza Mohd Zain dan Hana Husein

8. Ustaz Dr Mohd Farid Bin Mohd Shahran dan Arbayah Bt Mohd Nor

9. Hj Kasmuri Bin Sukardi dan Hjh Siti Zaleha Bt Mohd Nasir

10.En Mohd Yunus Bin Mansor dan isteri


AGIHAN KORBAN
Anda kenali jiran tetangga. Sekiranya ada jiran anda atau ahli kariah yang layak menerima agihan daging korban harap maklumkan. Pihak masjid akan memberi keutamaan kepada mereka.




NIAT SOLAT AIDIL ADHA
اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموماِللهِ تَعَالَي
Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala



Nukilan ini tercatat nama-nama Allah serta ayat-ayat al-Quran, dipohon memberi perhatian dalam penggunaan dan penyimpanannya.

Masjid Tun Abdul Aziz, Jalan Semangat, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Telefon:(03)79585868 Faks:(03)79579111 Emel:masjidbulat@gmail.com Laman web:www.masjidbulat.com




Majlis Ibadah Korban & Akikah


Majlis ibadah korban dan akikah akan diadakan

pada hari Khamis 18hb November 2010

Satu bahagian : RM355.00

Tarikh akhir permohonan: Isnin 15hb November 2010


Ahli kariah yang budiman dan dermawan dijemput menyertai ibadah korban ini.

Amalan Mulia, Budaya Kita

Zulkaedah 1431

WAKTU SOLAT
 Tarikh 
 Subuh 
 Syuruk 
 Zohor 
 Asar     Maghrib 
 Isyak 
1/10 5:45 7:01 13:06 16:16 19:07 20:16
5/10 5:44 7:00 13:05 16:17 19:06 20:15
10/10 5:43 6:59 13:03 16:17 19:04 20:13
15/10 5:42 6:59 13:02 16:18 19:02 20:11
20/10 5:41 6:58 13:01 16:18 19:01 20:10
25/10 5:40 6:58 13:00 16:19 18:59 20:10
30/10 5:40 6:58 13:00 16:19 18:58 20:09


SEBELUM SOLAT AIDILFITRI
Geleri gambar berbagai aksi aktiviti sepanjang bulan Syawal boleh didapati di laman web http://masjidbulat.com




Kuliah Maghrib
* Jumaat – Hadis Bukhari (Prof Madya Dr Hayei Bin Abdul Shukur)
* Sabtu – Feqah (Hj Abdullah Bin Abdul Rahman)
* Ahad – Jalan Menuju Redha Allah (Ustaz Abdul Aziz Bin Ibrahim)
* Rabu – Ihya’ Ulumuddin (Dato’ Prof Dr Mohd Mokhtar Bin Shafie)

Kuliah Dhuha
* Ahad minggu 1, 3 & 5 (Ustaz Ahmad Faisal Abdul Hamid)
* Ahad minggu 2 & 4 (Profesor Dr Fauzi Deraman)




SEKAPUR SIREH
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada 25hb September 2010 pihak Masjid Tun Abdul Aziz telah mengadakan majlis rumah terbuka dengan jayanya. Dianggarkan lebih kurang 1000 orang menghadirinya. Kehadiran berbagai peringkat masyarakat termasuk tetamu luar negara serta yang bukan beragama Islam yang berada di persekitaran masjid benar- benar menyemarakkan kemeriahan majlis. Kejayaan majlis adalah dari hasil kegigihan barisan AJK , wargakerja, biro wanita, sukarelawan dan ahli kariah. Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat. Majlis juga tidak akan dapat disempurnakan tanpa sumbangan penaja-penaja yang pemurah. Saya merakamkan ucapan berbanyak terima kasih. Hanya Allah saja yang dapat membalas amal yang dicurahkan.

Nukilan Masjid Bulat kini memasukki tahun kedua. Terdapat sedikit perubahan dari sudut penampilan. Nukilan ini diharapkan dapat menarik ramai ahli kariah tanpa mengira apa peringkat umur untuk menyalurkan cetusan pendapat, cadangan dan isu yang melibatkan masyarakat di persekitaran masjid.

Satu majlis nazir-nazir masjid berhampiran telah diadakan pada awal bulan syawal, membincangkan isu- isu semasa dan keperluan bersama. Insyallah satu program gabungan masjid- masjid berhampiran akan dilaksanakan pada musim cuti sekolah hujung tahun ini.

Akhir sekali ingin saya ucapkan kepada semua jemaah yang akan mengerjakan ibadah Haji; selamat berangkat ke Tanah Suci dan juga selamat kembali. Semoga setiap jemaah dikurniakan haji mabrur kerana tiada balasan baginya daripada Allah SWT melainkan syurga.

Nazir
(Dato’ Profesor Dr Zulkifli Hj Mohd Yusoff)


HAJI
Ibadat haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang berkemampuan. Ia berbeza dengan ibadah-ibadah lain seperti solat dan puasa. Selain memerlukan kekuatan fizikal dan mental, ia juga memerlukan kepada pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, berpisah dengan keluarga tercinta, sanak saudara, sahabat handai, meninggalkan kampung halaman, menahan kemahuan nafsu dan sebagainya.

Berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan tinggi jemaah haji dalam membuat persiapan melaksanakan ibadah tersebut, maka diharapkan ibadat haji yang dilaksanakan itu mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah SWT dengan memperolehi haji yang mabrur.

Imam Nawawi mengatakan bahawa orang yang mendapat haji mabrur ialah orang yang tidak mencampur adukkan amalan dan tindakan dalam kehidupan seharian serta ibadahnya dengan sesuatu perkara yang berdosa selepas melaksanakan ibadah haji.

Persoalan besar yang ingin diutarakan di sini ialah bagaimana untuk mencapai haji mabrur tersebut? Pada prinsipnya, haji mabrur boleh dicapai dengan melaksanakan beberapa amalan. Diantaranya ialah;
1: Ibadat haji yang dilaksanakan itu hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan tidak riak atau menunjuk-nunjuk serta berbangga-bangga kepada orang lain.
2: Semua perbelanjaan haji adalah daripada sumber yang halal.
3: Melakukan rukun dan fardhu haji dengan memenuhi syarat dan sempurna.
4: Melakukan ibadat haji dengan taat, jujur dan ikhlas.
5: Beristiqamah dengan terus menerus mengamalkan perintah Allah SWT dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dalam kehidupan seharian.



KEMBALI KE RAHMATULLAH
Sekalung doa bagi ahli-ahli kariah yang telah kembali ke Rahmatullah. Salam takziah kepada ahli keluarga. Al-Fatihah.
1. Faizal Sultan Bin S Kareem Dad (Jalan 14/1)
2. Hj Mohd Rawi Bin Ariffin (Jalan 14/3)




MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
Banyak lagi gambar-gambar Rumah Terbuka Aidilfitri boleh didapati di laman web http://masjidbulat.com



REMAJA D’RAMADHAN

Program Remaja D’Ramadhan telah mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak muda di persekitaran masjid. Forum subuh yang membincangkan isu-isu menarik dianggotai oleh ahli-ahli panel yang terkenal, Ustaz Hasrizal Abd Jamil terkenal sebagai penulis blog saifulislam.com dan juga Ustaz Dzulkarnain Hamzah Hos Program Imam Muda Astro dan Pengacara Kalam Suci Astro.



Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Dosa di antara dua umrah akan terhapus dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga. (Bukhari, Muslim)




LAWATAN ADUN
YB Puan Haniza Mohd Talha amat perihatin terhadap nasib ibu-ibu tunggal dan keluarga kurang bernasib baik. Telah dua Ramadan berturut-turut beliau membuat sumbangan kepada kumpulan-kumpulan ini melalui Masjid Tun Abdul Aziz. Beliau adalah seorang yang peramah, tinggi budi pekerti, dan amat mudah untuk berurusan. Beliau datang dengan beberapa orang rakan sambil membawa sumbangan. Semoga beliau akan terus memberikan khidmat dan nikmat kepada mereka yang memerlukan.


IMAM WAN AINUDDIN

Imam terbaru masjid kita, Wan Ainuddin Hilmi Bin Abdullah, adalah johan qari pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-53 bulan Julai 2010. Pada bulan Ogos pula beliau telah muncul sebagai naib johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-52. Beliau kini berjaya menyandang naib johan dalam “Al-Fateh International Prize for Memorization and Intonation of the Holy Quran” yang telah diadakan pada bulan September 2010 di Tripoli, Libya.


RUANG PENDAPAT
Ruang ini dikhaskan untuk ahli kariah, jemaah, remaja masakini, untuk mengutarakan pendapat dan cadangan penyelesaian mengenai isu-isu semasa. Artikel-artikel yang terpilih akan dimuatkan dalam nukilan yang akan datang atau di laman web masjid. Marilah kita bersama-sama memanafaatkan peluang ini.

Apakah yang diharapkan oleh remaja daripada masjid?
Emelkan pendapat anda kepada
masjidbulat@gmail.com




UCAPAN TALBIAH



لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
إِنَّ الْحَمْدَ ، وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ ، لاَشَرِيْكَ لَكَ

Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu.




Nukilan ini tercatat nama-nama Allah serta ayat-ayat al-Quran, dipohon memberi perhatian dalam penggunaan dan penyimpanannya.

Masjid Tun Abdul Aziz, Jalan Semangat, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Telefon:(03)79585868 Faks:(03)79579111 Emel:masjidbulat@gmail.com Laman web:www.masjidbulat.com

Jadual Bertugas Imam & Bilal Oktober 2010



SUBUH

ZOHOR

ASAR

MAGHRIB

ISYAK

ISNIN

Imam

Wan Ainuddin

Mohd Halim

Mohd Halim

Wan Ainuddin

Wan Ainuddin

Bilal

Nasrudin

Abd Rashid

Hj Baharudin

Mat Syaharudin

Mat Syaharudin

SELASA

Imam

Wan Ainuddin

Hj Salleh

Hj Salleh

Wan Ainuddin

Wan Ainuddin

Bilal

Nasrudin

Abd Rasak

Hj Baharudin

Mat Syaharudin

Mat Syaharudin

RABU

Imam

Hj Hussin

Hj Salleh

Hj Salleh

Hj Sujak

Hj Sujak

Bilal

Hj Baharudin

Abd Rasak

Abd Rasak

Hj Baharudin

Hj Baharudin

KHAMIS

Imam

Hj Sujak

Hj Sujak

Hj Sujak

Hj Sujak

Hj Sujak

Bilal

Hj Baharudin

Nasrudin

Hj Baharudin

Nasrudin

Nasrudin

JUMAAT

Imam

Wan Ainuddin

*Bergilir

Hj Sujak

Hj Sujak

Hj Sujak

Bilal

Nasrudin

*Bergilir

Hj Baharudin

Hj Baharudin

Hj Baharudin

SABTU

Imam

Wan Ainuddin

Wan Ainuddin

Wan Ainuddin

Wan Ainuddin

Wan Ainuddin

Bilal

Hj Baharudin

Hj Che Din

Hj Che Din

Nasrudin

Nasrudin

AHAD

Imam

Wan Ainuddin

Wan Ainuddin

Wan Ainuddin

Hj Sujak

Hj Sujak

Bilal

Nasrudin

Nasrudin

Nasrudin

Hj Che Din

Hj Che Din


Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri




Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

Tarikh: 25 September 2010 (Sabtu)
Masa: 10:00pg - 1:00tgh
Tempat: Perkarangan Masjid

"Kemeriahan Syawal Dirai, Silaturrahim Ditauti"

Tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga dijemput ke majlis ini.

Seperti tahun lalu konsep gerai-gerai akan diadakan. Dialu-alukan tajaan dari firma-firma atau perseorangan; samada untuk menghidang juadah pilihan sendiri atau menaja gerai-gerai yang akan disenarai nanti.

Jadual Bertugas Imam & Bilal September 2010

Jadual Bertugas Imam & Bilal sehingga akhir September 2010

Subuh

Zohor

Asar

Maghrib

Isyak

Isnin

Imam

Wan Ainudin

Wan Ainudin

Wan Ainudin

Mohd Halim

Mohd Halim

Bilal

Nasrudin

Abd Rashid

Hj Baharudin

Nasrudin

Nasrudin

Selasa

Imam

Hj Hussain

Hj Salleh

Hj Salleh

Wan Ainudin

Wan Ainudin

Bilal

Nasrudin

Abd Rasak

Hj Baharudin

Hj Baharudin

Hj Baharudin

Rabu

Imam

Hj Hussain

Hj Salleh

Hj Salleh

Wan Ainudin

Wan Ainudin

Bilal

Hj Baharudin

Abd Rasak

Abd Rasak

Hj Baharudin

Hj Baharudin

Khamis

Imam

Hj Sujak

Hj Sujak

Hj Sujak

Hj Sujak

Hj Sujak

Bilal

Hj Baharudin

Nasrudin

Hj Baharudin

Nasrudin

Nasrudin

Jumaat

Imam

Wan Ainudin

*Bergilir

Hj Sujak

Hj Sujak

Hj Sujak

Bilal

Nasrudin

*Bergilir

Hj Baharudin

Hj Baharudin

Hj Baharudin

Sabtu

Imam

Hj Hussain

Wan Ainudin

Wan Ainudin

Wan Ainudin

Wan Ainudin

Bilal

Hj Baharudin

Hj Che Din

Hj Che Din

Nasrudin

Nasrudin

Ahad

Imam

Wan Ainudin

Wan Ainudin

Wan Ainudin

Hj Hussain

Hj Hussain

Bilal

Nasrudin

Nasrudin

Nasrudin

Nasrudin

Nasrudin